PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengekalkan sabitan dan hukuman mati seorang bekas pemandu trak tunda bagi kesalahan membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi pada 2013.
Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf turut mengekalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas Koong Swee Kwan bagi kesalahan cuba membunuh isteri Najadi iaitu Cheong Mei Kuen.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.
Dalam penghakimannya, Rohana berkata, pembelaan Swee Kwan telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi namun bukti terhadapnya amat kukuh dan meyakinkan.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Swee Kwan berkata, jalan terakhir anak guamnya untuk mendapatkan kebebasan ialah dengan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan.
Swee Kwan, 52, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, telah dijatuhi hukuman mati pada 27 Oktober 2017 kerana membunuh Najadi, 75, selepas kes itu dibicarakan semula.
Dia turut dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana cuba membunuh Cheong.
Lelaki itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan di kawasan parkir Kuil Kuan Yin di Lorong Ceylon antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013.
Pada 5 September 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Azman Husin telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Swee Kwan kerana membunuh Najadi dan penjara 18 tahun bagi kesalahan cuba membunuh Cheong.
Bagaimanapun, pada 14 Disember 2016, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan terhadapnya dan mengarahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi selepas memutuskan Mohd Azman mungkin berprasangka memandangkan beliau telah mendengar rayuan seorang pemandu teksi, Chew Siang Chee, yang berdepan pertuduhan memiliki pistol dan peluru.
Siang Chee dikatakan adalah individu yang memandu kenderaan membawa Swee Kuan dari lokasi selepas insiden tembakan itu.
Dia telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki pistol serta peluru hidup. Bagaimanapun, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2015.
Perbicaraan semula kes telah didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ab Karim Ab Rahman (kini Hakim Mahkamah Tinggi).
Terdahulu, Hisyam berhujah bahawa pembelaan anak guamnya tidak dinilai secara adil oleh hakim yang mendengar perbicaraan kes itu seperti dikehendaki undang-undang.
Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi pula berhujah bahawa sabitan terhadap Swee Kuan adalah selamat kerana terdapat bukti yang kukuh serta meyakinkan untuk menyokongnya.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi telah mematuhi Seksyen 182 Kanun Tatacara Jenayah ketika memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah.
- Bernama
Bernama
Mon Mar 01 2021
Dalam penghakimannya, Rohana berkata, pembelaan Swee Kwan telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi namun bukti terhadapnya amat kukuh dan meyakinkan.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Bunuh pengasas AmBank: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Dalam penghakimannya, Rohana berkata, pembelaan Swee Kwan telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah Tinggi namun bukti terhadapnya amat kukuh dan meyakinkan.
Perbicaraan semula kes bunuh pengasas Ambank bermula 16 Mac
Perbicaraan semula kes seorang bekas pemandu trak tunda yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi akan bermula pada 16 Mac.