Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu ketika menyertai Gopeng Ultra Trail.
Namun ia masih menemui jalan buntu hingga mendorong misi mencari Mohammad Ashraf secara besar-besaran dilakukan di Gua Tempurung jam 8 pagi Sabtu ini.
Menerusi Facebook Master Azai, dia antara individu yang menghulurkan bantuan dalam misi mencari Mohammad Ashraf dan turut berkongsi pengalamannya.
"Kami tak putus asa, tapi kami sudah pun menyerah kepada ALLAH SWT yang selebihnya. Segala kerja kami di sini sudah pun telah kami buat, tapi malangnya kami tidak dapat menemui titik-titik tanda tentang saudara.
"Walaupun cara zahir mahu pun tidak zahir, semuanya telah kami lakukan, solat hajat, solat ghaib, doa-doa sampingan telah dijalankan dengan segera tanpa tidak sedikit membuang waktu.
"Ya kami gagal temui Acap namun sekarang dalam firasat dan kiraan hanya menghitung hari dalam satu minggu ini," katanya.
BACA: Sukarelawan diminta tangguh hasrat bantu cari Mohammad Ashraf
BACA: Skala pencarian Mohamad Ashraf dikecilkan
Dia dan rakan-rakan tetap terus berdoa agar Acap ditemui.
"Biarpun kita tak pernah bersua, setiap trek yang kami pergi dan segala gua yang kami terjah semuanya menggamit kenangan bersama kita.
"Walaupun semuanya berat buat kami untuk tinggalkan Acap, kini sudah 12 hari masih tak kembali lagi ke pangkuan keluarganya. Azai harap Acap dengar doa kami, bukalah pengera gayung dan jiwa Acap. Sedarlah daripada pandangan yang tidak sahih dan kembalilah kepada kita semua," luahnya.
BACA: JBPM tetap usaha cari peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang
Jelasnya, banyak pengalaman ditempuhi ketika berada di lokasi tersebut.
"Gangguan demi gangguan itu biasa, kena tepuk, kena tarik pipi, gangguan emosi dan perasaan, segalanya bermacam bau.
"Minta maaf buat semua atas kegagalan Azai dan kumpulan kami. Sekurangnya kami berusaha dan mungkin setakat inilah keupayaan kami. InsyaALLAH semoga dalam satu minggu ini apa yang firasat Azai katakan," katanya.
Sinar Harian
Fri Apr 05 2019
Paparan Facebook Master Azai.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.
Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022.
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.
Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.