KUALA LUMPUR: Program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sepanjang Oktober ini hampir mencapai sasaran dengan terimaan deposit simpanan berjumlah RM220 juta.
Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, PTPTN optimis dalam mencapai sasaran yang ditetapkan itu.
Menurutnya, melalui program itu, masyarakat Malaysia semakin celik menguruskan kewangan dan mempunyai kesedaran untuk membuat penabungan demi masa depan.
"Pelbagai keistimewaan dan manfaat disediakan kepada pendeposit Simpan SSPN seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Bulan Menabung Simpan SSPN 2023 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia di sini, pada Ahad.
Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Datuk Mohd Dusuki Mohktar dan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Datuk Norasni Ayub.
Mengulas lanjut, Norliza memberitahu, sehingga 30 September lalu, jumlah Simpan SSPN yang diterima adalah RM15.94 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 6.11 juta.
"Dalam tempoh 19 tahun, Simpan SSPN terus kekal sebagai produk yang berdaya saing dan menjadi tabung pendidikan utama pilihan ibu bapa.
"Dalam menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara, misi PTPTN adalah memperkasa amalan penabungan bagi mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman," tambahnya.
BMS 2023 merupakan program 'signature' PTPTN yang dilaksanakan bermula 2018.
Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menyebar luas manfaat Simpan SSPN kepada masyarakat bersempena dengan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada setiap 31 Oktober.
Bertemakan Robotik: Ke Arah Transformasi Dunia Pendigitalan, BMS 2023 dilaksanakan secara on-ground event yang julung kali diadakan menerusi konsep jelajah merentasi 14 lokasi terpilih di seluruh negara sepanjang bulan Oktober ini.
Tema itu signifikan kerana Sains dan Teknologi robot berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan tentang teknologi terkini.
Ia adalah selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang memberi fokus kepada usaha menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN kepada peminjam dan pendeposit Simpan SSPN untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat.
PTPTN komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman serta merealisasikan visi PTPTN sebagai ‘peneraju tabung pendidikan tinggi negara'.
Astro Awani
Mon Oct 30 2023
Norliza (dua, kanan), diiringi Ahmad Dasuki (dua, kiri), Mohd Dusuki (kanan) dan Norasni (kiri) merasmikan Majlis Pelancaran Penutup Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Bulan Menabung Simpan SSPN 2023 raih hampir RM220 juta deposit
Program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 anjuran PTPTN sepanjang Oktober ini hampir mencapai sasaran dengan terimaan deposit simpanan berjumlah RM220 juta.