PUTRAJAYA: Buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4 telah mematuhi semua proses penerbitan bagi menjamin kualiti buku teks, termasuk ketepatan fakta, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
"Proses penerbitan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah melalui proses kawalan mutu yang ketat," kata KPM dalam kenyataan hari ini susulan desakan beberapa pihak agar buku teks Sejarah Tingkatan 4 diharamkan kerana didakwa memanipulasikan fakta selain diisi dengan elemen komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Proses kawalan mutu itu merangkumi pemetaan kandungan, penulisan manuskrip, penyediaan dan penyemakan pruf muka surat, naskhah sedia kamera, pemerakuan naskhah sedia kamera, naskhah contoh, apresiasi kulit buku teks dan kelulusan naskhah contoh bagi menyediakan naskhah edar, katanya.
Proses itu melibatkan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM, Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks, Jawatankuasa Pembaca Luar dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 KPM, katanya.
"Bagi mewasitkan fakta tertentu, KPM mendapatkan pengesahan fakta sejarah dan kandungan daripada agensi kerajaan yang terlibat seperti Arkib Negara, Muzium Negara, Persatuan Sejarah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Setiausaha Kerajaan Negeri," menurut kenyataan itu.
KPM berkata penerbitan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah Tingkatan 4 serta mengikut prosedur operasi standard Penerbitan Buku Teks KPM yang dikemas kini pada 2018.
Menurut KPM, DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah diteliti, disemak dan diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM pada 24 April 2018
"Mereka adalah pakar sejarah seramai tujuh orang daripada pelbagai pengkhususan dan kaum. Kandungan DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 adalah berpandukan Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah KPM (2011-2012)," menurut kenyataan itu.
KPM berkata pemilihan penulis buku teks pula adalah berdasarkan Tatacara Penerbitan Pakej Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengikut kriteria khusus iaitu mempunyai latar belakang pendidikan sejarah serta berpengalaman menulis buku teks Sejarah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021

Pemilihan penulis buku teks pula adalah berdasarkan Tatacara Penerbitan Pakej Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka. - Gambar/ Twitter @kuasasiswa
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Tanpa buku teks dan pakaian seragam, pelajar Gaza kembali belajar di sekolah yang musnah
Pihak berkuasa juga memperkenalkan platform pendidikan dalam talian bagi mereka yang tidak dapat hadir ke sekolah.

Korea Selatan perakui 76 buku teks digital berasaskan AI
Sebanyak 76 buku teks digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah diperakui untuk kegunaan bilik darjah buat kali pertama di Korea Selatan.

Tujuh strategi KPM diyakini mampu tangani isu beg sekolah berat - Dr Anuar
Keputusan pihak KPM hari ini menunjukkan suara rakyat khususnya ibu bapa telah diambil perhatian sewajarnya oleh pihak KPM.

Laporan polis: Pemuda UMNO dakwa buku teks Sejarah Ting 4 dimanipulasi
Muhamad Nur Aizat mendakwa wujud unsur manipulasi ke atas kandungan buku tersebut yang telah diteliti pakar sejarah dan ahli akademik.

Buku teks Sejarah Tingkatan 4 patuhi semua proses penerbitan - KPM
Buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4 telah mematuhi semua proses penerbitan bagi menjamin kualiti buku teks, termasuk ketepatan fakta.

Kes rasuah ketirisan perolehan kerajaan semakin kritikal - Azam Baki
Beliau berkata hampir 50 peratus kes ketirisan perolehan kerajaan banyak berlaku melibatkan agensi-agensi kerajaan.

Jangan kelirukan generasi muda dengan interpretasi baharu sejarah - Pakar
Krisis identiti yang berlaku dalam kalangan rakyat di kebanyakan negara menyebabkan semakin ramai tidak memahami siapa diri mereka dan peranan serta tanggungjawab yang sepatutnya dimainkan.

Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi
Mohd Jamil berharap harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang.

Seni Khat: 12 NGO tunjuk sikap toleransi dan persefahaman tinggi
Aminolhuda Hassan berkata penerimaan kesemua NGO itu menunjukkan mereka menyedari bahawa seni tulisan khat merupakan salah satu nilai tambah.

12 NGO setuju hanya seni tulisan khat diperkenalkan tahun depan
Teo berkata turut dipersetujui dalam perbincangan itu ialah murid yang mempelajari pengenalan seni tulisan khat itu tidak diuji dalam peperiksaan.