GEORGE TOWN: Bukit Bendera menjadi tapak rizab biosfera ketiga negara selepas menerima pengiktirafan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata, dengan pengiktirafan tersebut nama Pulau Pinang akan terus harum di mata dunia sebagai destinasi ekopelancongan selain dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.
Ali Biju berkata, bagi melaksanakan projek dokumentasi Tapak Rizab Biosfera Bukit Bendera pihak KeTSA telah meluluskan peruntukan sebanyak RM192,810 kepada Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP).
Selain itu pihaknya juga memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan negeri yang ingin mencalonkan kawasan negeri masing-masing sebagai tapak biodiversiti antarabangsa.
"Kami dari KeTSA memang mengalu-alukan mana-mana negeri yang ingin menubuhkan biosfera rizab ini, dan kita percaya bahawa biorizab ini akan mengharumkan Pulau Pinang di mata dunia sekali gus boleh membawa ramai pelancong dan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat," ujar Ali.
Dalam pada itu, Ali berkata, selain Bukit Bendera, terdapat satu lagi lokasi berpotensi sebagai tapak rizab biosfera iaitu Sarawak Delta.
"Memang ada di Sarawak sekarang sedang dibangunkan satu kawasan biosfera rizab iaitu Sarawak Delta dan kita memang mengalu-alukan (inisiatif) ini. Ia akan mengangkat nama Malaysia sebagai negara yang memelihara biodiversiti yang kita tujukan kepada anak-anak kita," ujar beliau.
Sebelum ini, dua lokasi yang turut diiktiraf UNESCO di bawah program 'Man and the Biosphere' (MAB) ialah Tasik Chini, Pahang pada tahun 2009 dan Banjaran Crocker, Sabah (2014).
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Rizab Biosfera Bukit Bendera di George Town pada Sabtu.
Hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Pengurus Besar PBBPP, Datuk Cheok Lay Leng..
Sementara itu, Chow Kon Yeow berkata, dengan pengiktirafan Rizab Biosfera Bukit Bendera, kerajaan negeri akan terus meningkatkan usaha bagi menjadikan Bukit Bendera sebagai destinasi ekopelancongan pilihan serta menjadi tempat pembelajaran bertaraf dunia.
Beliau juga berharap Bukit Bendera akan mencapai matlamat MAB UNESCO.
Rizab biosfera Bukit Bendera berkeluasan 12,481 hektar adalah nadi hijau kepada Pulau Pinang dengan ia membabitkan kawasan sekitar Bukit Bendera termasuk Taman Botani Pulau Pinang, Taman Negara Pulau Pinang, enam hutan simpanan kekal serta dua empangan.
Rizab biosfera Bukit Bendera juga merangkumi tiga ekosistem utama iaitu kawasan berhutan, pantai dan marin.
Astro Awani
Sat Jun 11 2022
![Bukit Bendera tapak rizab biosfera ketiga negara terima pengiktirafan UNESCO Bukit Bendera tapak rizab biosfera ketiga negara terima pengiktirafan UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654947820_TBBUKITBENDERA.jpg)
Chow Kon Yeow (tengah) sewaktu Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Rizab Biosfera Bukit Bendera di George Town pada Sabtu. - Astro AWANI
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina 2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721298956_PenangBridge.jpg)
2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina
Lebih 2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dengan purata 200,000 kenderaan sehari.
![Tahun Baharu Cina: Bas ulang alik percuma ke Bukit Bendera selama lima hari Tahun Baharu Cina: Bas ulang alik percuma ke Bukit Bendera selama lima hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645002745_Keretaapifunikular.jpg)
Tahun Baharu Cina: Bas ulang alik percuma ke Bukit Bendera selama lima hari
PBBPP dengan kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd dan Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera dari Komtar selama lima hari, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
![Projek pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula 15 Oktober Projek pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula 15 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671012685_keretakabelBukit.jpg)
Projek pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula 15 Oktober
Beliau berkata tempoh penutupan adalah dari 15 Okt, iaitu sebaik projek berkenaan dimulakan dan mengambil masa selama dua tahun dan dijangka siap 30 Jun 2026.
![Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705302231_TBfunikularBukit.jpg)
Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun
PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun menerusi pengawasan jurutera pengeluar funikular.
![Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706084776_bukitbendera.jpg)
Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina
Perkhidmatan pengangkutan secara percuma itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
![Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara 13 Mac ini Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara 13 Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705302231_TBfunikularBukit.jpg)
Perkhidmatan funikular Bukit Bendera dihentikan sementara 13 Mac ini
PBBPP dalam kenyataannya berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan pemeriksaan khas ke atas struktur landasan funikular dijalankan.
![Dakwaan Bukit Bendera disenarai 100 'perangkap pelancong' tak benar - Exco Dakwaan Bukit Bendera disenarai 100 'perangkap pelancong' tak benar - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695722319_bukitbendera.jpg)
Dakwaan Bukit Bendera disenarai 100 'perangkap pelancong' tak benar - Exco
Kenyataan yang dibuat dalam artikel bertarikh 24 Ogos itu sama sekali tidak benar berikutan hanya dibuat berdasarkan 24 ulasan buruk yang diambil secara rawak.
![Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672028814_TBbukitbendera.jpg)
Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam
Kejadian berlaku pada jam 4 petang Ahad, namun perkhidmatan funikular kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.45 petang.
![27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari 27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634808874_TBBUKITBENDERA.jpg)
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
![Bukit Bendera diiktiraf sebagai rizab biosfera oleh UNESCO Bukit Bendera diiktiraf sebagai rizab biosfera oleh UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631708851_bukitbendera.jpg)
Bukit Bendera diiktiraf sebagai rizab biosfera oleh UNESCO
Pengiktirafan itu sekali gus menjadikannya sebagai tempat ketiga diiktiraf sebagai rizab biosfera selepas Tasik Chini dan Banjaran Crocker.