KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menyiasat laporan berhubung kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di Hospital Kajang hari ini.
Pengarah JIPS Datuk Azri Ahmad berkata lelaki warganegara Myanmar itu telah dihantar ke hospital berkenaan pada Isnin lepas sekitar pukul 8.10 pagi selepas mengadu tidak sihat dan ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi.
"Hari ini pihak hospital memaklumkan bahawa OKT telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, katanya pada 5.30 petang 30 Jan lepas, seorang lelaki tempatan telah menyerahkan lelaki warga asing itu kepada pihak polis di One Stop Centre Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor kerana dipercayai mencuri sebuah motosikal.
Beliau berkata suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Azri berkata siasatan kes kematian mengejut itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan jabatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022

Pengarah JIPS Datuk Azri Ahmad berkata lelaki warganegara Myanmar itu telah dihantar ke hospital berkenaan pada Isnin lepas sekitar pukul 8.10 pagi selepas mengadu tidak sihat dan ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi. - Gambar fail/BERNAMA
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib
Seramai 804 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikenakan hukuman tatatertib sejak Januari hingga Ogos lalu.

Berhibur di pusat hiburan: 13 pegawai, anggota polis ditahan tugas
Seramai 13 anggota dan seorang pegawai kanan polis telah ditahan tugas selepas mereka diberkas dalam serbuan JIPS Bukit Aman di Seremban.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

Bukit Aman siasat kematian mengejut warga asing dalam tahanan
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menyiasat laporan berhubung kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di Hospital Kajang.

Dakwaan salah laku, Bukit Aman jalankan siasatan terhadap pegawai kanan polis negeri
JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkenaan aduan salah laku serta salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan polis negeri.

Tidak mohon kahwin kedua: JIPS siasat suami anak Chef Wan, Serina
Siasatan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selepas bekas isteri pertama pegawai berpangkat inspektor itu membuat laporan polis.

Isu kartel PDRM: 'Masih dalam kawalan, tiada keperluan lapor SPRM' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yakin perkara berkenaan masih dalam kawalan.

Rakaman video tujuh anggota polis berhibur di kelab hiburan disiasat
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau sedang menunggu laporan penuh daripada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader mengenai rakaman video yang tular di media sosial itu.