MIRI: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 melibatkan penukaran terma Ketua Menteri kepada 'Premier' bukan bertujuan untuk mengagung-agungkan negeri Sarawak.
Sebaliknya pindaan ini perlu dilaksanakan bagi mengiktiraf status istimewa Sarawak yang telah dikembalikan selepas berkuatkuasanya Perlembagaan (Pindaan) 2022 selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, berdasarkan pindaan tersebut Sarawak adalah satu entiti yang berbeza daripada negeri-negeri lain sesuai dengan MA63 melibatkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
“Pindaan ini bukan bertujuan untuk mengagungkan Sarawak, kerana Sarawak kini satu entiti yang berbeza daripada negeri-negeri lain dan perlu konsisten dengan Perjanjian Malaysia 1963 beserta enakmen yang lain seperti Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
“Kelima-lima penandatangan semasa MA63 pada 9 Julai 1963 telah membawa kepada pembentukan sebuah negara dikenali sebagai Malaysia dan berkesinambungan daripada itu, Sarawak adalah entiti yang berasingan, kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan ahli parlimen kerana menyokong pengiktirafan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Malam Perpaduan 2022 Persekutuan Persatuan Cina Sarawak di sini, pada Sabtu.
Tambah Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu lagi, bersandarkan kepada pengiktirafan tersebut GPS merasakan penukaran terma Ketua Menteri itu wajar dan mengikut perlembagaan.
“Ketua wilayah Sarawak (Premier) perlulah dibezakan daripada ketua negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu kerana di bawah perlembagaan juga di dalam artikel 160, ia dikenali sebagai Presiden Majlis Eksekutif, Menteri Besar, dan gelaran lain-lain untuk kerajaan negeri.
“Jika kita kaji dokumen MA63, terdapat lima entiti sebagai penandatangan ianya melibatkan United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Singapura dan Sarawak yang diwakili Tun Jugah Barieng, Datu Bandar Abang Mustapha dan pasukannya ketika itu termasuklah ayah saya (Tun Datuk Abang Openg Abang Sapiee),” katanya.
Terdahulu pada Selasa (15 Februari 2022), DUN Sarawak telah meluluskan RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 melibatkan beberapa aspek khasnya perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sarawak menggantikan terma Ketua Menteri kepada "Premier'.
Turut dipinda di bawah RUU berkenaan adalah Perkara 7A bagi menggantikan jawatan ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri.
Pindaan RUU ini diusulkan selepas RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 Akta A1642 diperkenan Yang Di-Pertuan Agong merangkumi pindaan kepada perkara 1(2), 160 (2), 161A (6) dan (7) perlembagaan persekutuan pada 11 Februari 2022.
RUU itu antaranya menjelaskan lagi kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan MA63 dan laporan IGC yang juga sekaligus memberi kuasa perundangan khusus kepada negeri Sarawak.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Feb 20 2022

Abang Johari mengingatkan pindaan ini bukan bertujuan mengagungkan Sarawak, sebaliknya mengiktiraf statusnya agar konsisten dengan Perjanjian Malaysia 1963 - Astro AWANI

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Pekadin cadang jawatan Ketua Menteri Sabah guna gelaran 'Premier'
Presiden Pekadin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan DUN Sabah pada Mac ini untuk dibincang secara teliti.

'Tunggu diwarta, baru boleh guna Premier ganti Ketua Menteri Sarawak' - Abdul Karim
Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tarikh spesifik pewartaan berkenaan akan diumumkan oleh kerajaan negeri.

Pertukaran KM kepada 'Premier', tanda status Sarawak tidak sama negeri lain - Abdul Karim
Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 akan dibentangkan esok melibatkan Perkara 6 (3) bagi menggantikan perkataan 'Ketua Menteri' kepada 'Premier'.

Pertukaran terma ketua menteri kepada premier hanya nama, tidak libatkan bidang kuasa
Pertukaran terma ketua menteri kepada premier adalah selaras pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan pada 2021.