KUALA LUMPUR: Semua kelas perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura dibenarkan beroperasi mulai 1 April ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kebenaran tersebut terpakai kepada semua kategori pengembara dan penggunaan semua jenis pengangkutan darat.
Ia termasuk semua kelas kenderaan perkhidmatan awam rentas sempadan seperti bas henti-henti, bas ekspres, bas pelancongan, bas pekerja serta teksi rentas sempadan
"Oleh yang demikian, semua operator perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam dalam negara yang berkaitan boleh membuat persiapan ke arah memulakan semula operasi mereka termasuk memperbaharui semua permit atau lesen yang berkaitan, sama ada dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau dengan pihak berkuasa di Singapura.
"Namun, penyediaan atau permulaan perkhidmatan sebenar adalah tertakluk kepada kesediaan operator yang terlibat untuk memulakan operasi mereka semula kepada orang ramai.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak operator yang berkenaan mengenai status pengoperasian perkhidmatan rentas sempadan yang bakal disediakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
SEGALANYA MENGENAI PEMBUKAAN SEMPADAN, KLIK DI SINI!
BACA: Perhatian pengembara, ini protokol am mulai 1 April yang perlu anda tahu!
Terdahulu, Malaysia dan Singapura mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April ini dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.
Selari dengan pengumuman itu, pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi dibenarkan untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata selaras dengan ketetapan semasa, pihak operator tidak perlu membuat sebarang pemeriksaan sebelum menaiki kenderaan bagi menyemak status vaksinasi penumpang.
Operator atau pemandu kenderaan perkhidmatan awam, juga katanya boleh menolak daripada menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana pengembara yang tidak mematuhi SOP kesihatan semasa seperti pemakaian pelitup muka.
"Adalah menjadi tanggungjawab pengembara untuk memastikan mereka telah mempunyai aplikasi MySejahtera yang sah di dalam telefon pintar dan memenuhi semua syarat-syarat pengembaraan yang telah ditetapkan.
"Kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan tindakan boleh diambil kepada pengembara berkenaan termasuk dikenakan tindakan kompaun atau penalti di bawah undang-undang sedia ada yang berkaitan," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Ka Siong berkata semua operator kenderaan perkhidmatan awam diingatkan untuk mematuhi semua SOP kesihatan sedia ada, termasuk menyediakan kod imbasan di dalam kenderaan perkhidmatan awam yang beroperasi.
Tambah beliau, mana-mana pengembara yang akan menggunakan kenderaan motokar persendirian ke Malaysia pula perlu mendaftar dan mendapatkan permit kemasukan kenderaan asing (VEP) dengan melayari laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Kenderaan yang telah berjaya mendaftar akan dibekalkan dengan tag RFID-VEP yang turut dilengkapi dengan aplikasi e-wallet Touch n Go bagi tujuan pembayaran Caj Jalan dan tol.
"Selain itu, semua kereta persendirian berdaftar Singapura juga dikehendaki membayar Caj Jalan (RC) (RM20 setiap kemasukan) apabila masuk ke Malaysia (melalui lintasan masuk di BSI dan KSAB).
"Bagi kenderaan yang telah didaftarkan dan dipasang dengan tag RFID VEP, pembayaran untuk RC boleh dibuat melalui e-wallet Touch n Go yang digabungkan dalam tag RFID.
"Kenderaan berdaftar Singapura yang masih belum didaftarkan dan dipasang dengan tag RFID VEP, pembayaran untuk RC masih boleh dibuat dengan menggunakan kad Touch n Go," ujarnya lagi.
Selain itu, Ka Siong turut menasihati semua pengembara yang memandu kenderaan persendirian pendaftaran Singapura agar memastikan kad Touch n Go masih sah dan mempunyai baki yang mencukupi dalam e-wallet atau kad Touch n Go mereka untuk membayar RC, bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan apabila memasuki Malaysia di BSI atau KSAB.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 28 2022
![Buka sempadan: MOT benarkan operasi semula pengangkutan awam Malaysia-Singapura Buka sempadan: MOT benarkan operasi semula pengangkutan awam Malaysia-Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637243579_TAMBAKJOHOR.jpg)
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kebenaran tersebut terpakai kepada semua kategori pengembara dan penggunaan semua jenis pengangkutan darat. - Gambar fail
![2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS 2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg)
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
![Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739239331_SoccerFootballFA.jpg)
Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.
![Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739239055_keyfield.jpg)
Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
![Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739239047_Steam.jpg)
Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan
Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan.
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Buka sempadan: MOT benarkan operasi semula pengangkutan awam Malaysia-Singapura Buka sempadan: MOT benarkan operasi semula pengangkutan awam Malaysia-Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637243579_TAMBAKJOHOR.jpg)
Buka sempadan: MOT benarkan operasi semula pengangkutan awam Malaysia-Singapura
Ia termasuk semua kelas kenderaan perkhidmatan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, bas pelancongan, bas pekerja serta teksi rentas sempadan.