PONTIAN: Kerajaan digesa memuktamadkan segera prosedur operasi standard (SOP) perjalanan ulang alik harian ke Singapura menjelang pembukaan sempadan negara pada 1 April depan.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara itu akan segera dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan kelancaran perjalanan ulang alik harian menerusi laluan darat Johor dan Singapura.
"Kerajaan Johor akan terus menekan Kerajaan Pusat untuk segera memuktamadkan SOP bagi mereka yang hendak ulang alik ke Singapura dan Johor.
"Bukan setakat hanya buka sempadan, sebaliknya satu perjanjian antara Malaysia dan Singapura berhubung perjalanan ulang alik harian kedua-dua negara perlu mencapai kata putus," katanya ketika ditemui selepas mengadakan walkabout di sekitar Pekan Benut, di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Pengerusi BN Johor itu berkata, pembukaan sempadan negara bakal merancakkan semula pelbagai sektor ekonomi termasuk pelancongan.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang medianya di Parlimen mengumumkan sempadan negara dibuka bermula 1 April ini.
Keputusan itu dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.
Perdana Menteri menambah, kementerian yang berkaitan juga akan mengeluarkan SOP pembukaan sempadan negara secara terperinci dalam masa terdekat.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 08 2022
![Buka sempadan: Kerajaan digesa muktamad SOP perjalanan ulang alik ke Singapura Buka sempadan: Kerajaan digesa muktamad SOP perjalanan ulang alik ke Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638443100_TambakJohor.jpg)
Satu perjanjian antara Malaysia dan Singapura berhubung perjalanan ulang alik harian kedua-dua negara perlu mencapai kata putus. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia sampaikan hasrat supaya Mesir buka sempadan - Speaker Dewan Rakyat Malaysia sampaikan hasrat supaya Mesir buka sempadan - Speaker Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712829598_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sampaikan hasrat supaya Mesir buka sempadan - Speaker Dewan Rakyat
Hasrat itu telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
![Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676973097_PAKISTAN.jpg)
Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan
Pakistan membuka semula lintasan sempadan utama dengan negara jiran Afghanistan kepada semua jenis lalu lintas pada Sabtu.
![COVID-19: China akan analisis sampel daripada pelawat luar negara untuk kenal pasti varian COVID-19: China akan analisis sampel daripada pelawat luar negara untuk kenal pasti varian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672556470_CHINA.jpg)
COVID-19: China akan analisis sampel daripada pelawat luar negara untuk kenal pasti varian
China yang membuka sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan akibat COVID-19 akan menganalisis sampel daripada penumpang luar negara yang positif koronavirus untuk menentukan varian.
![Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645607382_TBHONGKONGGENERIC.jpg)
Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China
Pihak berkuasa menyasarkan untuk membuka semula semua pintu masuk antara kedua-dua pihak secara beransur-ansur, teratur dan menyeluruh.
![Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651768275_TBThaiSoldier.jpg)
Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan
Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.
![Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651729553_TBTHAILAND.jpg)
Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand
Keadaan itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Wang Kelian, Perlis, 1 April lalu.
![Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650974311_Tambakjohorsingap.jpg)
Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy
Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif.
![Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650347424_TBKUIHRAYA.jpg)
Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.
![Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022 Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649405776_bandarrayaKuching.jpg)
Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022
Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara.
![Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41635935636_petrolpump.jpg)
Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP
KPDNHEP menerima tujuh aduan berkaitan dakwaan itu setakat ini.