Beranggapan cucunya sudah keluar dari kereta, seorang budak yang berusia dua tahun 10 bulan meninggal dunia selepas lebih dua jam terperangkap dalam kenderaan datuknya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 22 Julai lalu, mangsa sebelum itu dilaporkan menemani datuknya yang berusia 73 tahun menjemput kakak dan abangnya pulang dari sekolah menaiki kereta jenis Perodua Bezza.
Kenderaan berkenaan diletak di luar pagar hadapan rumah mereka di Taman Sungai Raya, Jalan Air Hangat, Kuah, Langkawi.
Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian belakang bersama kakak dan abangnya dipercayai telah tertidur semasa dalam perjalanan.
Setiba di rumah, datuknya terus masuk ke dalam rumah dan beranggapan mangsa telah keluar dari kereta tersebut.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, dua jam kemudian, ibu mangsa yang bangun dari tidur menyedari bahawa mangsa tiada bersama kakak serta abangnya di dalam rumah dan terus mencari mangsa.
"Ibu mangsa dan datuknya pergi ke kereta dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap di bahagian tempat duduk belakang dan sudah tidak sedarkan diri.
"Ketika kejadian, kesemua tingkap dan pintu kereta bertutup rapat, mangsa yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas seterusnya dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia," kata Zainuddin seperti dilaporkan portal berita Sinar Harian.
Sehingga kini, Zainuddin berkata, laporan penuh bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa belum diperoleh.
Bagaimanapun, laporan awal yang diterima menunjukkan punca kematian mangsa berkemungkinan disebabkan oleh strok haba.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali," kata beliau lagi.
Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis dan ibu bapa dinasihatkan lebih peka dan sentiasa mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
"Jika siasatan dijalankan mendapati wujud kecuaian, tindakan pendakwaan terhadap ibu bapa atau penjaga berkenaan akan diambil," ujar beliau lagi.
Astro Awani
Thu Jul 25 2019

Mangsa yang berusia dua tahun 10 bulan tertidur di kerusi penumpang di belakang kereta sehingga tidak sedarkan diri. - Gambar hiasan

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Budak dua tahun mati dalam kereta yang tertutup rapat
Seorang budak yang berusia dua tahun 10 bulan meninggal dunia selepas lebih dua jam terperangkap dalam kenderaan datuknya.