SANDAKAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.
Nurain Randi kali terakhir dilihat berada di kawasan kuarters ladang sebelum disedari hilang di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada Rabu.
Katanya, seramai tiga anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 77 kilometer dari BBP Kinabatangan.
"Kanak-kanak itu dikatakan telah keluar dari rumahnya dan bermain di bawah pokok berhampiran kawasan rumah.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari ketiga dan pencarian bermula jam 10.45 pagi tadi bersama penduduk kampung sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Bagaimanapun Azlan Shah berkata, sehingga kini tiada sebarang petanda kanak-kanak itu ditemui sepanjang SAR dilakukan.
"Pasukan SAR sudah menggunakan kaedah pencarian secara biasa, dari rumah ke rumah yang berhampiran, pencarian di setiap lereng bukit, di kawasan kolam terbuka serta turut menggunakan khidmat jentera pengorek untuk mengorek lubang-lubang yang dikhuatiri mangsa terjatuh ke dalamnya.
"Pagi tadi pasukan SAR berhubung semula dengan ahli keluarga mangsa. Hasil perbincangan bersama agensi yang terlibat, kami telah memutuskan operasi ditamatkan namun pihak keluarga akan melakukan ikhtiar lain untuk terus mencari mangsa," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 01 2023
SAR mencari kanak-kanak perempuan hilang di kawasan ladang kelapa sawit dilakukan oleh pasukan bomba dan penduduk kampung. - Foto Sinar Harian
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Budak perempuan hilang ketika ambil makanan ditemui semula, dipercayai diculik
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Klang terungkai setelah ditemui semula selepas dipercayai diculik.
Nuraina Humaira ditemui mati selepas hilang sejak Jumaat
Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya berhampiran perkampungan itu dengan jarak antara 50 hingga 100 meter dari rumah terakhir di perkampungan terbabit.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas.
Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.