KUANTAN: Bubur lambuk resipi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi juadah berbuka puasa istimewa penghuni Penjara Penor di sini hari ini, selepas Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli berangkat memasak juadah itu di pekarangan bengkel tenun di penjara itu.
Tunku Azizah secara berseloroh turut berkenan menamakan bubur lambuk yang antara bahannya ialah santan, udang kering, isi ikan dan sayur-sayuran yang disediakan itu, sebagai 'Bubur Che Minah Sayang' bersempena nama Seri Paduka Baginda.
"Kalau di Pahang, kita panggil bubur lambuk itu yang ada daun, tapi di KL (Kuala Lumpur) bubur (yang diisi) daging pun dipanggil bubur lambuk. Jadi saya nak tukar nama, tak nak panggil bubur lambuk dah .... Bubur Che Minah kerana Tuanku Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) panggil saya Che Minah.
"Harap-harap semua cukup sedap, cukup rasa kerana kita semua berpuasa, jadi tak boleh merasa," titah Tunku Azizah semasa ditemui pada Majlis Memasak Bubur Lambuk Bersama Penjara Penor hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad, Pengarah Penjara Pahang Datuk Abu Hasan Hussain dan Pengarah Penjara Penor Fayrouz Ahmad Zawawi.
Selain itu, Tunku Azizah juga menyifatkan pengalaman pertama mencemar duli memasak di penjara itu adalah untuk menunaikan janji yang dibuatnya kepada penghuni yang "berada" di bengkel tenun penjara berkenaan.
"Saya sudah berjanji dengan mereka di tempat tenun untuk datang memasak ... teringat pula (sekarang) bulan puasa, jadi saya kata buat bubur lambuk. (Tapi) tak baik jika hanya bagi pada mereka (penghuni bengkel tenun). Disebabkan itu, saya belanja seluruh penghuni penjara ini," titah Seri Paduka Baginda.
Tunku Azizah juga berhasrat supaya program sedemikian dapat dijadikan acara tahunan dan turut melibatkan penjara lain.
Pada majlis itu, sebanyak tiga periuk bersaiz besar digunakan untuk menyediakan juadah itu dengan kerjanya bermula pada pukul 10 pagi, yang dijangkakan dapat menghasilkan lebih 2,500 mangkuk bubur lambuk.
Sementara itu, seorang penghuni yang dikenali sebagai Fauzi, 42, berkata ia merupakan pengalaman kali pertama dia membantu menyediakan juadah itu kerana bubur lambuk Pahang agak berbeza daripada yang pernah dimakannya di kampung halaman di Sarawak.
"Seronok sebab dah lama tak dapat bergotong-royong memasak pada bulan puasa atau sebelum raya ... walaupun tak sama seperti pengalaman di dapur bersama keluarga, sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu kepada suasana itu," katanya yang sudah 16 tahun berada di penjara kerana kesalahan merogol.
Seorang lagi penghuni, Arif, 45, berkata pengalaman itu "baharu" buat dirinya kerana tidak pernah membeli apatah lagi memasak bubur lambuk walaupun berasal dari Shah Alam, Selangor dan pernah menetap di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang popular dengan juadah itu sepanjang Ramadan.
"Nasib baik saya selalu tolong mengacau dodol di kampung ... tak kekok untuk kembali mengasah bakat hari ini kerana bubur lambuk perlu sentiasa dikacau supaya tidak berkerak di dasar periuk," katanya yang akan beraya buat tahun ke-22 di balik tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara 41 tahun kerana kesalahan rompak dan rogol.
Anak jati Kuantan, Seelan, 28, pula menyifatkan dirinya menanggung kerja yang "paling berat" kerana ditugaskan untuk menjadi "tukang rasa" kesemua tiga periuk bubur itu bagi memastikan hidangan itu cukup rasa.
Dia yang menjalani hukuman penjara enam tahun kerana merompak juga menyifatkan pengalaman itu sebagai antara kenangan yang baik kepadanya sebelum dibenarkan keluar tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023

Tunku Azizah menyifatkan pengalaman pertama mencemar duli memasak di penjara itu untuk menunaikan janji yang dibuatnya kepada penghuni yang "berada" di bengkel tenun penjara berkenaan. - Gambar Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

JAWI Food Bank, Dapur It'am santuni masyarakat Islam dan bukan Islam
JAWI ambil inisiatif wujudkan Jawi Food Bank untuk hulur bantuan keperluan harian dan juadah berbuka puasa kepada penduduk sekitar Wilayah Persekutuan.