AYER KEROH: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Isnin.
Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN itu di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.
"Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka berkehendakkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pembubaran DUN itu.
"Justeru itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Bagaimanapun jelasnya, tarikh mesyuarat itu akan dimaklumkan oleh pihak SPR nanti.
BACA: DUN Melaka dibubar - Speaker
Terdahulu,Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membubarkan DUN Melaka Keempat Belas berkuat kuasa pada Isnin.
Menurut Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam sidang media pada petang Selasa keputusan itu dibuat Tun Mohd Ali selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan surat kepadanya berhubung empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri.
Fareez Azman
Tue Oct 05 2021
SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan pelaksanaan PRN selepas pembubaran DUN Melaka pada Isnin. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, hari mengundi 28 September, kos RM2.4 juta
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
PRK Nenggiri: Enam pusat mengundi akan ditutup awal Sabtu ini
Enam daripada 20 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Sabtu ini, akan ditutup lebih awal.
Permohonan Mohd Azizi untuk hentikan PRK Nenggiri bersifat akademik
Peguam Kanan Persekutuan berkata ini kerana suruhanjaya itu telah mengarahkan agar PRK diadakan bagi kerusi DUN Nenggiri.
PRK Nenggiri: SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon bertanding pada PRK DUN Nenggiri.
Gelanggang PRK Nenggiri dibuka esok
PRK DUN Nenggiri akan bermula esok dengan proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana.
PRK Nenggiri: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 13 Ogos
Kesemua 14 anggota polis yang sepatutnya mengundi awal pada PRK itu akan mengundi secara pos.
39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu
Ia termasuk 6,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Mesyuarat SPR berlangsung, bincang urusan PRK DUN Nenggiri
Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun itu bermula pada pukul 10 pagi, antaranya bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK berkenaan.
PRK Sungai Bakap: SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Sungai Bakap.