Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian kira-kira jam 10.30 malam tadi.
"Buaya sudah ditangkap," katanya dan memaklumkan reptilia itu masih berada di lokasi sebelum kerja-kerja pemindahan dijalankan kakitangan Perhilitan Selangor.
Terdahulu, Perhilitan Selangor memasang dua perangkap dengan berat kira-kira 200 kilogram (kg) bagi setiap perangkap untuk menangkap buaya tembaga di tasik tersebut sekitar jam 10 pagi pada Rabu.
Wan Mohd Adib ketika ditemui berkata, dua perangkap yang dipasang diyakini berupaya untuk menangkap reptilia tersebut dan salah satunya dipinjam daripada Perhilitan Negeri Sembilan.
- Sinar Harian