Seekor ular dipercayai jenis ular sawa menelan seekor buaya selepas bergelut selama beberapa jam di hadapan orang ramai.
Travis Corlis yang menyaksikan pergelutan antara dua haiwan ganas itu di Lake Moondarra, Queensland berkata, ular sawa itu kelihatan sihat dan panjangnya kira-kira 10 kaki (tiga meter).
Ular itu dilihat membelit kuat buaya malang tersebut, katanya dalam satu laporan AFP.
“Pergelutan antara kedua-duan haiwan itu berlaku di dalam air, kelihatan sangat hebat... Kami hanya berdiri dan melihat dengan penuh kagum,” ujar Corlis.
Corlis berkata selepas beberapa jam kedua-dua haiwan itu bergelut, ular sawa terbabit mengheret buaya itu ke tebing tasik dan melepaskannya, yang pada masa dilihat telah mati.
"Selepas kira-kira 10 minit lepas itu, buaya sudah 'hilang',” katanya.
Isteri Corlis, Tiffany, yang turut menyaksikan peristiwa itu berkata ianya amat sukar dipercayai.
"Kami ingatkan ular tersebut mungkin telah makan melebihi kemampuannya," terang Tiffany.
"Melihat pada keadaan ular itu selepas selesai menelan buaya tersebut, anda boleh nampak bentuk sisik kasar, kaki dan segala-galanya di dalam perut ular," tambahnya lagi.
Tiffany berkata, buaya malang tersebut berusaha untuk menaikkan kepalanya dari dalam air, dan kedua-dua haiwan terbabit memang kelihatan penat dalam pergelutan yang dikatakan memakan masa beberapa jam itu.
Buaya itu kemudiannya seakan-akan berputus asa dan menyerah, sekaligus membiarkan dirinya dibelit ular sawa terbabit.
Corlis juga mengaku dirinya sering melihat ular dan buaya ada di kawasan yang sama, namun jarang melihat haiwan reptilia ini saling bertarung dengan sengit.
Kewujudan buaya air tawar yang terdapat di tasik Moondarra itu lebih ketara setelah kemarau baru-baru ini menyebabkan pengurangan paras air.
Astro Awani
Tue Mar 04 2014
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.