KUALA LUMPUR: Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berperanan menjalankan siasatan bagi mengesan kelompongan dalam tatacara kerja, mengurangkan ketirisan selain mendapatkan kembali kerugian yang dialami sesebuah organisasi.
Pengarah BPT SPRM Datuk Izani Wan Ishak berkata melalui peranan itu BPT dapat meningkatkan keberkesanan sistem pentadbiran sesebuah organisasi, sekali gus menambah keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan kerajaan.
Beliau berkata BPT yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP), juga berperanan mengatasi kelemahan dalam amalan dan sistem sesebuah organisasi bagi menutup ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah, di samping meningkatkan amalan tadbir urus baik.
"Penjenamaan semula BPMP ini adalah kerana cara bekerja BPMP dahulu perlu ditambah baik dan dikuatkuasakan. Fungsi-fungsi BPMP termasuk meneliti amalan, sistem, tatacara sesebuah organisasi selepas siasatan dijalankan berkaitan isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa atau atas permintaan organisasi terbabit.
"Namun pendekatan yang dilaksanakan (BPMP) itu tidak mendapat impak yang besar kerana pemeriksaan dan rundingan yang dilaksanakan akan berakhir dengan memberi khidmat nasihat kepada organisasi terbabit. Pendekatan ini kadang-kadang tidak diambil serius dan tindakan yang tegas tidak dilaksanakan, sekali gus tidak memberikan impak yang dikehendaki," katanya dalam sesi wawancara khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya baru-baru ini.
Namun Izani berkata menerusi kaedah penyiasatan tatakelola oleh BPT, Kertas Penyiasatan Tatakelola (KPT) akan dibuka bagi mengenal pasti di mana ruang dan peluang rasuah itu berlaku.
"Seterusnya BPT akan mengusulkan cadangan bagi penambahbaikan, dan agensi terbabit perlu melaksanakan perubahan yang dicadangkan untuk menutup kelompongan dalam sistem tadbir urus agar risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan," katanya.
Sementara itu Izani berkata bagi melaksanakan pemeriksaan tatakelola secara siasatan, beliau mengakui BPT perlukan kuasa penuh, namun bagi tujuan itu pindaan akta perlu dilaksanakan dan proses itu mungkin mengambil masa yang lama.
"Justeru, sebagai permulaan BPT telah menghantar satu kertas cadangan kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan tiga kuasa siasatan menerusi Arahan Menteri di bawah Seksyen 71 (2) Akta SPRM 2009 dan Menteri boleh membuat peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah bagi pelaksanaan peruntukan akta ini dengan lebih lanjut.
"Tiga kuasa siasatan yang diperlukan adalah mengemukakan dokumen berkaitan penyiasatan tatakelola; kehadiran saksi yang kompeten berkaitan penyiasatan tatakelola; dan khidmat nasihat dilaksanakan oleh pegawai yang ada kuasa," katanya.
Beliau berkata penyiasatan tatakelola biasanya dimulakan hasil maklumat awal daripada Unit Integriti berkaitan kesalahan tadbir urus yang berlaku, seterusnya BPT akan menganalisis secara forensik data-data sebenar, melibatkan prosedur-prosedur agensi berkaitan.
Mengenai kejayaan BPT setakat ini, Izani berkata pihaknya berjaya mengesan kelemahan prosedur meminda dan mengubah butiran kenderaan bahan bakar diesel kepada diesel hijau di dalam sistem mySIKAP yang dipercayai berlaku antara tahun 2017 hingga 2021 menerusi 'Op Green'.
"Sebanyak 2,096 transaksi yang tidak sah telah diluluskan dan ketirisan dianggarkan RM12,726,665.50 dan hasil daripada penyiasatan tatakelola oleh BPT, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mampu mendapatkan recovery loss yang terlibat sepertimana yang termaktub dalam Akta JPJ," katanya.
Sementara itu Izani berkata tatakelola yang terbaik di semua peringkat bermula daripada perancangan dan kajian keberkesanan awal sebelum sesuatu projek dilaksanakan, kerana tanpa perancangan serta kajian menyeluruh, maka akan wujudlah projek 'Gajah Putih'.
"Projek Gajah Putih ini hanya sebagai kaedah untuk mengeluarkan wang dari dana yang disediakan walaupun kegunaannya diragui. Sebagai contoh, pemberian tangki air di kampung orang Asli di Gua Musang, Kelantan yang digunakan hanya untuk menadah air hujan disebabkan di kawasan itu tiada punca air terawat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
BPT SPRM dapat meningkatkan keberkesanan sistem pentadbiran sesebuah organisasi, sekali gus menambah keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan kerajaan. - Gambar hiasan
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Dakwaan rasuah: Siasatan terhadap ADUN Sabah diteruskan, tiada usaha sekat - PM
SPRM telah memaklumkan bahawa ADUN-ADUN terbabit telah dipanggil bagi membantu siasatan yang dikaitkan dengan mereka.
45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September lepas
Sebanyak 45 anggota dan pegawai PDRM ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
SMM dakwa bekas CEO langgar amanah, bakal ambil tindakan undang-undang
Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) mengambil tindakan undang-undang susulan penemuan beberapa pelanggaran kuasa oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jontih Enggihon.
SPRM tahan pemilik syarikat disyaki subahat tuntutan palsu RM10 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pemilik syarikat disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu bernilai kira-kira RM10 juta.
SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah
SPRM telah merakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan klip video memaparkan perbualan mereka yang disebarkan di sebuah portal berita.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Perbandingan sosial, kehendak berlebihan punca elemen rasuah wujud - KSN
Tabiat membandingkan diri dengan orang lain yang kelihatan lebih berjaya atau memiliki lebih banyak harta, adalah antara elemen mendorong penjawat awam menjurus melakukan perbuatan tidak bermoral.
Kegiatan punggah keluar hasil galian, Pahang beri kerjasama kepada SPRM
Kerajaan Pahang akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit.
Kes FashionValet: SPRM beku akaun 30 Maple
SPRM bertindak membekukan akaun 30 Maple Sdn Bhd (30 Maple) berhubung kes melibatkan platform e-dagang, FashionValet.