Tekong bot karam dalam tragedi yang mengorbankan lapan nyawa di perairan Kemasin, Bachok minggu lalu, nekad berenang untuk mendapatkan bantuan selepas bot berkenaan terbalik dipukul ribut.
Hazahar Mat Sanishah, 48, yang terselamat berkata, dia berbuat demikian selepas berpesan kepada anak sulungnya yang juga awakâawak bot supaya menjaga keluarga mereka dengan baik.
"Saya cakap kepada anak, saya hendak berenang mencari bot Mat Jen (rakan nelayan yang berada di kawasan berhampiran) untuk meminta bantuan.
"Saya pesan, kalau Mat Jen datang, bermakna anggaplah saya selamat dan jika sebaliknya, bermakna saya sudah tiada dan jagalah keluarga elok-elok jika dia terselamat.
"Saya pun ambil satu objek yang boleh terapung dan terus berenang," katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.
BACA: 4 maut, 4 lagi hilang selepas bot bawa pemancing terbalik di Bachok
BACA: Mayat keenam tragedi bot terbalik di Bachok ditemui
BACA: Mayat terakhir tragedi bot terbalik di Bachok ditemui
Bercerita lanjut, Hazahar yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai nelayan, berkata dia berenang sejauh kira-kira empat batu nautika selama sejam namun keadaan yang gelap dan laut bergelora menyebabkan nelayan lain tidak nampak kelibatnya di permukaan laut.
"Namun nasib saya cukup baik apabila jeritan saya didengari rakan nelayan tempatan yang berada di kawasan itu dan memberi bantuan. Saya sebenarnya sudah kepenatan dan hampir lemas kerana melawan arus dan keadaan laut yang bergelora," katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Othman Abdul Latiff, menziarahi Hazahar yang juga bapa kepada lima anak di rumahnya di Kampung Kuala Besar di sini.
Dalam kunjungan itu, Othman menyampaikan sumbangan kilat berupa wang tunai dan makanan keperluan asas.
Dalam kejadian jam 8.30 malam isnin lalu, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik dipukul ribut.
Susulan kejadian itu, 12 individu terselamat manakala lapan yang lain terkorban.
Astro Awani
Mon Jul 06 2020
![Bot terbalik: Tekong nekad berenang redah laut bergelora minta bantuan Bot terbalik: Tekong nekad berenang redah laut bergelora minta bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594029315_botterbalik.jpg)
Hazahar yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai nelayan, berkata dia berenang sejauh kira-kira empat batu nautika selama sejam. -Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
![KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714004716_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
![Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713109272_TBkebumi.jpg)
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
![Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710819280_tbWanitadireman.jpg)
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
![Pasangan buta berjaya didik lapan anak Pasangan buta berjaya didik lapan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708738091_Pasanganbuta.jpg)
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
!['Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor 'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707449155_TBPESANAZRAAIjp.jpg)
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
![Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706765556_Neymar.jpg)
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
![Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705109647_MakananHarian.jpg)
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
![7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak? 7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703218736_MariahCarey.jpg)
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
![Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701403240_TBtinggalanak.jpg)
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.