PARIT BUNTAR: Seorang nelayan hilang, manakala dua lagi dijumpai selamat selepas bot mereka karam dilanggar bot pukat tunda di kedudukan 25 batu nautika barat daya Kuala Kurau di sini, pada Jumaat.
Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, kejadian kira-kira jam 4 pagi itu berlaku di perairan Larut, Matang dan Selama.
Menurutnya, dua mangsa diselamatkan oleh bot nelayan lain selepas tiga jam terapung.
"Seorang tekong dan awak-awak berusia 35 dan 21 tahun dapat diselamatkan manakala seorang lagi awak-awak yang hilang dikenali sebagai Mohd Syarif Hasyim, berusia 25 tahun.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan kira-kira jam 2 petang selepas Maritim Malaysia menerima maklumat itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, operasi turut dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kurau dan komuniti nelayan.
Menurutnya, antara aset yang digunakan ialah Kapal Maritim Gagah, Kilat 9 dan helikopter Maritim Malaysia AS 365 N3, selain KD Mahameru milik TLDM dan sebuah bot PPM.
"Pencarian dibahagikan kepada empat sektor merangkumi keluasan 186.3 batu nautika. Sehingga kini operasi masih diteruskan," ujarnya.
Sementara itu, difahamkan bot pukat tunda yang melanggar bot mangsa dipercayai tidak menyedari kejadian itu disebabkan suasana gelap ketika itu.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jun 26 2021
![Bot karam dilanggar, 2 nelayan ditemui selamat selepas 3 jam, 1 masih hilang Bot karam dilanggar, 2 nelayan ditemui selamat selepas 3 jam, 1 masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624701824_MaritimMalaysia.jpg)
Operasi SAR diaktifkan kira-kira jam 2 petang selepas Maritim Malaysia menerima maklumat itu. - Gambar fail
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
Puluhan negara ikrar sokongan padu terhadap ICC
Sebanyak 79 negara tegaskan sokongan berterusan terhadap ICC, menegaskan peranan pentingnya dalam keadilan antarabangsa selepas sekatan ekonomi dan perjalanan yang dikenakan oleh Trump.
![KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738272670_AhmadZahidHamidi.jpg)
KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.
![Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738059840_HamzahAhmad.jpg)
Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai.
![Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737080309_OPSBersepadudadah.jpg)
Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Operasi disertai 51 anggota pelbagai agensi memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan sekitarnya.
![Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736779935_UburUburMarang.jpg)
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
![Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736601256_VeselNelayanTempat.jpg)
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
![Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736590654_PasorPercumaGanuK.jpg)
Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.
![Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736198974_PulauSilikon.jpg)
Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan
Farizan berkata, pembayaran itu disalurkan kepada 791 nelayan yang mempunyai lesen dan masih aktif.
![Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736090224_JapanTunaAuction.jpg)
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
![Duit simpanan RM5,000 hangus dalam kebakaran rumah Duit simpanan RM5,000 hangus dalam kebakaran rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736069811_buahrumah.jpg)
Duit simpanan RM5,000 hangus dalam kebakaran rumah
Duit simpanan keluarga seorang nelayan untuk membayar sewa rumah dan ansuran pinjaman kereta hampir RM5,000 hangus dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Tanjung Dawai pagi tadi.
![20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang 20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735174411_TBMangsaTsunami.jpg)
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.