KUALA TERENGGANU: Lebih 12,000 penjawat awam di negeri Terengganu bakal menerima durian runtuh RM700 sebelum perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian Bantuan Khas Aidilfitri itu membabitkan peruntukan hampir RM9 juta.
Menurut beliau, pemberian bonus itu bagi sebagai menghargai sumbangan serta khidmat bakti penjawat awam yang komited dalam melaksanakan tugas mereka.
“Kita menyedari semua kakitangan kerajaan telah berusaha bekerja dengan begitu keras sekali untuk mengembalikan ekonomi negeri dalam keadaan yang lebih baik dan Alhamdulillah kita merasa sangat gembira dengan pencapaian kita dan itu (bonus) sebagai sumbangan kerajaan negeri kepada mereka semua,” kata beliau.
Jelas Ahmad Samsuri lagi, bayaran bonus itu akan melibatkan semua kakitangan sama ada kontrak dan tetap.
Dalam masa sama, beliau berharap bantuan kewangan itu dapat meringankan beban penjawat awam di negeri
itu dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Pada tahun lepas kerajaan negeri memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam di negeri itu.
Astro Awani
Wed Apr 05 2023

Lebih 12,000 penjawat awam di negeri Terengganu bakal menerima durian runtuh RM700 seorang sebelum perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan
Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 dibayar Jumaat ini - KPPA
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.

Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.

Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan
Bantuan khas kewangan RM2,000 yang diberi oleh Menteri Besar kepada penjawat awam pada November lepas dianggap sebagai 'bonus raya'.

Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM
Kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Bonus Aidilfitri RM700 buat penjawat awam Terengganu - MB
Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri itu membabitkan peruntukan hampir RM9 juta akan dibayar tidak lama lagi.

Penjawat awam Johor terima bantuan raya esok - Hasni
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata, pembayaran melibatkan kira-kira 15,000 kakitangan.

Kerajaan Sabah beri bantuan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam
Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2021 kepada penjawat awam negeri berjumlah RM500.

Terengganu umum bonus raya RM400
Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pemberian bonus raya itu membabitkan peruntukan kira-kira RM5.1 juta.

Kelantan umum bonus Hari Raya RM500
Bonus tersebut akan dibayar sebelum Aidilfitri atau minggu hadapan.