Bongkah batu dianggarkan seberat 12 tan dilaporkan jatuh secara tiba-tiba dan menghalang lalulintas di Jalan Paya Terubong, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, bongkah batu runtuh dari tebing bukit, namun ia tidak menimpa kenderaan yang lalu lalang di laluan tersebut.
Kejadian itu menyebabkan kesesakan trafik sejauh tiga kilometer di kedua-dua belah arah jalan berkenaan.
Tiada kecederaan dan kerosakan membabitkan pengguna jalan raya dan kenderaan dilaporkan.
Sementara itu Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool ketika dihubungi berkata, pihaknya telah berada di tempat kejadian bagi memantau keadaan.
Katanya, sehingga kini, usaha mengalihkan batu di laluan berkenaan masih dijalankan pihak konsesi JKR dan juga Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Astro Awani
Sat Sep 23 2017

Tiada kecederaan dan kerosakan membabitkan pengguna jalan raya dan kenderaan dilaporkan dalam kejadian bongkah batu jatuh di Jalan Paya Terubong hari ini. - Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan - Saarani
Kerajaan Perak sentiasa memantau isu keselamatan khususnya di kawasan berisiko zon batu kapur di negeri ini kerana membabitkan nyawa rakyat.

Laporan siasatan pemandu pelancong maut dihempap batu dibawa ke MMK esok - Exco
Laporan siasatan mengenai kejadian seorang pemandu pelancong warga tempatan yang maut ditimpa bongkah batu di Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling akan dibawa ke MMK esok.

Sembilan pelancong maut akibat tanah runtuh di utara India
Kejadian berlaku di daerah Kinnaur, wilayah Himachal Pradesh, kira-kira 600 kilometer dari ibu negara New Delhi.

Jalan ke Bukit Fraser ditutup akibat tanah runtuh
Tanah runtuh itu yang turut membawa bersama bongkah batu besar menutup kawasan jalan sepanjang 12 meter

Tanah runtuh Genting Highlands: Bukan kali pertama berlaku - Pakar Geologi
Presiden Insitut Geologi Malaysia (IGM) Datuk Zakaria Mohamad ketika dihubungi Astro Awani memaklumkan bahawa kejadian tanah runtuh di Jalan Ion De Element, Genting Highlands pada Selasa lalu bukan ka

Bongkah batu 12 tan jatuh di Jalan Paya Terubong
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, bongkah batu runtuh dari tebing bukit, namun ia tidak menimpa kenderaan yang lalu lalang di laluan tersebut.

Bongkah batu seberat 20 tan hempap kereta
Kereta jenis Volkswagen Polo itu tidak sempat mengelak apabila bongkah batu runtuh dari tebing bukit dan menimpa bahagian kiri hadapan kenderaan itu.