SINGAPURA:Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ini dinyatakan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan awal pagi ini oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) republik itu.
Kenyataan itu menyatakan bahawa CAD telah memberikan amaran bersyarat selama 36 bulan kepada GSSP, setelah berunding dengan AGC.
Berikutan itu, GSSP telah membuat komitmen antaranya ialah membayar AS$122 juta kepada Consolidated Fund kerajaan Singapura dalam tempoh lima hari bekerja daripada tarikh penerbitan amaran bersyarat itu.
GSSP juga akan membayar sejumlah AS$61 juta kepada pihak berkuasa Malaysia, yang akan dilunaskan dan/atau dikreditkan menurut Perjanjian Pendakwaan Tertunda (DPA).
DPA dimeterai oleh Goldman Sachs Group Inc (GSG) dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).
"Jumlah ini mewakili bahagian GSSP yang diperoleh daripada tawaran bon 1MDB.
"Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan yang dibayar atau akan dibayar oleh GSSP di bawah amaran bersyarat adalah AS$183 juta," kata kenyataan itu.
CAD Singapura telah menyiasat GSSP dan dua bekas pengarah urusannya, Tim Leissner dan Ng Chong Hwa @ Roger Ng, berkaitan dengan tiga tawaran bon yang ditaja jamin oleh Goldman Sachs International untuk anak-anak syarikat 1MDB.
Leissner berpangkalan di Hong Kong pada waktu yang relevan sebagai pegawai bertanggungjawab kepada Goldman Sachs (Asia) LLC (GSA).
Kenyataan itu menyatakan bahawa GSA terlibat secara signifikan dalam tiga penawaran bon 1MDB, sementara Leissner berperanan dalam mendapatkan perjanjian bon daripada 1MDB.
Pada 22 Oktober, Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan (SFC) Hong Kong mengumumkan bahawa mereka telah menegur dan mendenda GSA sebanyak AS$350 juta kerana kehilangan serius dan kekurangan dalam pelbagai kawalan yang menyumbang kepada penyalahgunaan sebahagian dana yang diperoleh dalam tawaran bon 1MDB.
Pada bulan Ogos 2018, Leissner mengaku bersalah di Mahkamah Daerah AS atas satu tuduhan konspirasi untuk melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing dan satu tuduhan kerana konspirasi melakukan pengubahan wang haram.
Leissner mendedahkan bahawa Low Taek Jho telah memberitahunya dan Ng bahawa sebahagian daripada hasil bon 1MDB akan dibayar sebagai sogokan dan rasuah kepada pegawai-pegawai Malaysia dan Abu Dhabi tertentu, dan Leissner mengakui menyimpan sebahagian dana yang dialihkan ini untuk kegunaan peribadinya, katanya.
DPA telah menyediakan satu resolusi global, yang dipimpin oleh Jabatan Kehakiman AS dan membincangkan, antaranya, Singapura, mengenai peranan GSG dalam penawaran bon yang berkaitan dengan 1MDB.
Sebagai sebahagian daripada DPA, GSG dan sekutunya akan membayar kira-kira AS$2.3 bilion kepada pihak berkuasa AS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020

CAD telah memberikan amaran bersyarat selama 36 bulan kepada GSSP, setelah berunding dengan AGC. - Gambar fail/REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bon 1MDB: Goldman Sachs Singapore akan bayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura
Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).