ALOR SETAR:Kepantasan bomba tiba dan mengawal api berjaya menyelamatkan enam buah kedai sederet di Pekan Cina, di Alor Setar daripada musnah dalam kebakaran hari ini.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, hanya sebuah restoran musnah manakala kira-kira 20 pelanggan yang sedang bersarapan sempat menyelamatkan diri.
Kejadian dipercayai berpunca daripada peralatan memasak di dapur restoran berkenaan.
Menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Hamizi Mohd Zain, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kita tiba di lokasi tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan. Kita telah berjaya mengawal kebakaran ini dalam masa 15 minit.
"Tindakan pantas itu berjaya menyelamatkan kedai yang berada bersebelahan daripada terbakar," katanya di sini, hari ini.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 07 2020

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada peralatan memasak di dapur restoran berkenaan. -Gambar/ media sosial
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Bomba tiba cepat, enam unit kedai di Pekan Cina selamat
Hanya sebuah restoran musnah manakala kira-kira 20 pelanggan yang sedang bersarapan sempat menyelamatkan diri.