KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering, yang dijangka berlaku sehingga September ini.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sudah bersiap siaga, dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset-aset diperlukan.
Beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti adalah seperti di Banting, Sepang dan Johan Setia di Selangor, di Miri dan bahagian pertengahan Sarawak selain selatan Sabah.
"Kita telah memobilisasikan aset dan keanggotaan berasaskan maklumat yang diterima," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamatan JBPM Kuala Lumpur di sini malam tadi.
Beliau berkata pihaknya turut berkolaborasi dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta agensi berkaitan, bagi koordinasi dari segi pengurusan bencana yang melibatkan skala besar antaranya kebakaran hutan dan kebakaran struktur.
Selain itu, Mohammad Hamdan berkata pihaknya turut mendapatkan bantuan penduduk tempatan, kerana terdapat kawasan yang mempunyai topografi yang amat mencabar, sekiranya berlaku kebakaran.
MetMalaysia sebelum ini memaklumkan Monsun Barat Daya bermula Sabtu lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September ini.
Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain, serta menghasilkan taburan hujan yang rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022

Mohammad Hamdan berkata JBPM turut mendapatkan bantuan penduduk tempatan, kerana terdapat kawasan yang mempunyai topografi yang amat mencabar, sekiranya berlaku kebakaran. - Gambar fail/BERNAMA

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Empangan Air Itam menyusut
Kapasiti efektif Empangan Air Itam mengalami penurunan mendadak dengan penyusutan sehingga paras 33.7 peratus berikutan musim panas dan kering yang telah bermula.

Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko berlaku kebakaran
JBPM bersedia dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset.