KOTA BHARU: Bom seberat 125 kilogram yang ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada 3.20 petang ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata bom jenis Aerial dengan ukur lilit 82.2 sentimeter (cm) dan 98cm panjang itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.
"Kita terima laporan berkaitan penemuan satu objek menyerupai bom di tapak pembinaan berkenaan.
"Sepasukan anggota dari Unit Pemusnahan Bom telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek itu merupakan satu unit bom," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bom tersebut berjaya dimusnahkan dan tiada sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024

Menurut polis, bom itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Laluan baharu Batik Air ke Kota Bharu rancakkan pelancongan, ekonomi Kelantan
Sebelum ini, Subang SkyPark tidak melakukan penerbangan terus ke LTSIP dan hanya mempunyai laluan dari KLIA ke Kota Bharu.

Kerajaan setuju landasan LTSIP dipanjangkan kepada 2,800 meter - Loke
Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan landasan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter untuk menjadikannya sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Pembinaan terminal baharu LTSIP fasa dua dilaksanakan serta-merta - Nik Nazmi
Pembinaan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa dua akan dilaksanakan serta-merta, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

LTSIP sedia terima penerbangan antarabangsa
Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Kamaruzzaman Razali berkata, kesediaan itu berdasarkan kepada kemudahan terminal baharu fasa 1 yang sudah beroperasi bermula pada Rabu.

Bom seberat 125kg ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Menurut polis, bom itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.

Pesawat gagal mendarat tiga kali, Noraini kongsi pengalaman menakutkan
Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan ketika beliau mahu menghadiri program RISDA di sana.

Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dijangka siap tahun depan
Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada September 2024 seperti yang dirancang.

Kerajaan beri tumpuan dua projek 'sakit' di Kelantan - Mustapa
Kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap dua projek 'sakit' yang merupakan antara projek utama di Kelantan dengan memberi lanjutan tempoh masa pelaksanaan.

Kelantan harap LTSIP dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - Mohd Amar
LTSIP boleh dijadikan hub transit Asia Tenggara kerana kedudukan Kelantan yang hampir dengan Thailand, Australia dan Vietnam.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP di Pengkalan Chepa bermula April - Mustapa
Kerajaan telah bersetuju melantik WCT Bhd. sebagai kontraktor projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP dengan kos sebanyak RM440 juta.