Mayat empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam letupan bom di Bangkok, Thailand Isnin lepas akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
Mayat Lim Siew Gaik, 49 dan anak lelakinya Neoh Jai Jun (anak bongsu), 20 akan dikebumikan Ahad ini manakala jenazah menantu lelakinya Lee Tze Siang dan cucu perempuannya Lee Jing Xuan, 4 akan dikebumikan esok.
Mayat keempat-empat mangsa itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 11 malam tadi sebelum dihantar pulang ke kediaman masing-masing untuk upacara sembahyang.
Mayat Siew Gaik dan anak lelakinya tiba di kediaman di Taman Dedap pada kira-kira pukul 2.10 pagi tadi, manakala jenazah Tze Siang dan anak perempuannya dihantar ke Taman Cengal dan tiba kira-kira pukul 2 pagi.
Lebih 100 orang terdiri daripada anggota keluarga, sanak saudara dan sahabat mendiang Siew Gaik dan suaminya Neoh Hock Guan, mula berkumpul di pekarangan rumah sejak 11 malam tadi.
Suasana hiba menyelubungi apabila jenazah Siew Gaik dan anak lelakinya dibawa masuk ke kediaman dan kelihatan ibunya, Tan Kim Kee, 71 menangis teresak-esak di hadapan keranda bagi menatap wajah anak perempuan dan cucu lelakinya sebelum ia ditutup.
Sejurus selepas itu, upacara sembahyang dimulakan dan disertai anak lelaki mendiang, Neoh Kah Loon, 26 dan anak perempuan, Neoh Huey Shinn, 31 serta suaminya Hock Guan, 55, antara yang terselamat dalam letupan bom.
Juga terselamat ialah anak perempuan Siew Gaik, Neoh Yee Ling, 33 yang hamil lima bulan.
Lima orang terkorban termasuk Lim Su See, 52 iaitu kakak kepada Siew Gaik daripada tujuh sekeluarga yang bercuti di Bangkok sejak Sabtu lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada Selasa (18 Ogos).
Mayat Su See dijadualkan tiba di Pulau Pinang malam ini.
Isnin lepas, kejadian letupan bom di persimpangan Ratchaprasong berdekatan
Kuil Erawan dan pusat membeli-belah di Bangkok pada pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) telah mengorbankan 20 orang dan 123 cedera.
Sementara itu, Hock Guan yang masih terkejut dengan kejadian letupan bom itu, berkata semuanya berlaku sepintas lalu ketika tujuh sekeluarga itu sedang bersembahyang di kuil Erawan.
Menceritakan kembali detik mencemaskan dan menyedihkan itu, beliau berkata letupan kuat berlaku tiba-tiba semasa dia sedang sembahyang dan merasakan tolakan kuat selepas itu.
"Selepas sedar dan bangun, saya tengok keadaan kelam kabut dan semua ahli keluarga saya hilang. Orang pertama yang saya jumpa ialah anak perempuan saya, Yee Ling yang selamat.
"Lepas itu, saya nampak menantu saya (Tze Siang), saya panggil tapi tak ada jawapan. Selepas itu saya jumpa isteri saya (Siew Gaik) yang masih bernyawa, masih bergerak tapi sangat lemah. Kemudian, saya nampak anak lelaki saya (Jai Jun), tapi dia sudah tidak bernyawa," katanya sambil menahan sebak.
Hock Guan yang kehilangan lima ahli keluarga dalam sekelip mata berkata beliau telah hilang segala-galanya dan ketika itu hanya mampu menjerit untuk meminta tolong.
Bernama
Thu Aug 20 2015
![Bom Bangkok: Mayat empat mangsa sekeluarga akan dikebumi di Sungai Lembu Bom Bangkok: Mayat empat mangsa sekeluarga akan dikebumi di Sungai Lembu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440034000_Bangkok.jpg)
Mayat empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam letupan di Bangkok akan dikebumi di Tanah Perkuburan Cina Sungai Lembu, Bukit Mertajam. -Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/61441033326_MASLOGO.jpg)
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712455501_MohamadIzzatHilmi.jpg)
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
![Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711186413_Rifdean.jpg)
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
![Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666258090_JojieSamuel.jpg)
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
![Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709622817_bangkokwanitatran.jpg)
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
![Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707970229_BangkokThailand.jpg)
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
![Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707918382_airpollutiongener.jpg)
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
![Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707226281_IsmailSabri.jpg)
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
![Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/81445391889_Explosion.jpg)
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.