BERITA baik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membenarkan aktiviti berkaitan sambutan Aidilfitri nyata menggembirakan semua pihak. Kini kita boleh kembali ‘menikmati’ suasana berhari raya termasuk bersalaman, takbir raya dan rumah terbuka.
Namun, bagi individu yang disahkan positif COVID-19 dan bergejala janganlah sibuk beraya juga. Anda wajib kuarantinkan diri terlebih dahulu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, salam tangan adalah dibenarkan dengan mematuhi etika dan penjagaan kebersihan tangan.
Menurut beliau, protokol berkaitan sambutan hari raya itu adalah bagi memastikan Keluarga Malaysia menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang meriah dan selamat.
“Sentiasa mencuci atau membersihkan tangan. Jangan sentuh muka selepas bersalaman,” katanya.
Mencuci tangan cara betul adalah cara terbaik untuk mengawal dan mengurangkan penyebaran penyakit kerana tangan pengantara utama kuman disebarkan.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat digalakkan untuk terus berhati-hati kerana virus COVID-19 masih wujud di sekeliling kita.
Ismail Sabri berkata, walaupun kelonggaran telah diberikan tetapi kebebasan itu tidak bermakna rakyat tidak lagi perlu melakukan kawalan kendiri bagi melindungi keluarga, diri sendiri dan masyarakat.
“Walaupun bebas di kawasan terbuka tapi jika berada di kawasan sesak, saya galakkan pemakaian pelitup muka bagi menjaga kepentingan diri dan keselamatan,” katanya.
Jika mahu menziarahi orang tua yang tidak sihat, anda disarankan untuk membuat ujian kendiri untuk COVID-19 sebelum pulang ke kampung halaman.
Meskipun COVID-19 tidak berbahaya seperti dahulu, langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Bagi pengguna jalan raya pula, mereka perlu merancang perjalanan dan pastikan membawa barangan yang diperlukan seperti makanan, ubat-ubatan dan kit keselamatan untuk berdepan kesesakan lalu lintas yang lama di jalan raya.
Satu perkara lagi perlu diingatkan adalah perlu memastikan keselamatan rumah apabila hendak pulang ke kampung halaman.
Pastikan semua pintu berkunci dan padamkan suis perkakasan elektrik serta tutup paip air sebelum meninggalkan rumah.
Jangan biarkan injap gas terbuka untuk mengelak berlakunya kebocoran dan kebakaran. Seeloknya cabut kepala tong gas.
Selain itu, anda juga perlu memaklumkan kepada polis dan jiran tentang ketidakberadaan seisi keluarga di rumah bagi memastikan keselamatan kediaman anda dipantau ketika berada di kampung.
Jika kediaman anda dilengkapi fungsi kamera litar tertutup (CCTV), pastikan ia berfungsi dengan baik sebelum melangkah keluar dari rumah.
Bilangan kenderaan tahun ini diramal lebih banyak berbanding sebelumnya disebabkan keterujaan warga kota menyambut hari raya di kampung setelah dua tahun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Peningkatan jumlah kenderaan mencetuskan kegusaran khususnya kepada pihak berkuasa kerana kemungkinan berlakunya peningkatan jumlah kemalangan maut jika pengguna jalan raya tidak berhati-hati ketika memandu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan sehingga 4.7 juta kenderaan akan berada di jalan raya di seluruh negara di sepanjang perayaan Aidilfitri ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, kenderaan-kenderaan itu dijangka mula bergerak secara berperingkat bermula Jumaat.
Mat Kasim turut meminta pengguna jalan raya agar lebih bertolak ansur ketika memandu pulang ke kampung..
“Kami menasihatkan pengguna supaya berhati-hati semasa memandu di jalan raya agar dapat pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman,” katanya.
Pengguna jalan raya perlu mengubah sikap untuk menjadi pemandu yang berhemah, bertolak ansur dan menghormati orang lain ketika berada di atas jalan raya.
Semoga sambutan kali ini dapat mengubat rindu yang lama terpendam. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
* Riswandi Razak ialah Editor Pengisian Sinar Harian
** Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 02 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, salam tangan adalah dibenarkan dengan mematuhi etika dan penjagaan kebersihan tangan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di UK, akan diketahui dalam tempoh 10-14 hari.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.