Bank Negara Malaysia (BNM) mengetuai serbuan ke atas Koperasi Dinar Dirham Bhd yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Akta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, serbuan bersama pada 28 November itu dilakukan ke atas sembilan premis berkaitan Koperasi Dinar dan syarikat sekutunya di Kuala Lumpur dan Selangor, di mana pelbagai dokumen dirampas bagi membantu siasatan.
Serbuan dijalankan dengan Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Keselamatan Siber Malaysia itu merupakan satu daripada tindakan berterusan untuk menghapuskan aktiviti skim kewangan haram.
"Enam pengarah syarikat yang disyaki bertindak sebagai dalang dan ejen untuk aktiviti pengambilan deposit haram, ditangkap dan ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan," katanya.
Menurutnya, operasi serbuan itu juga menghasilkan rampasan lapan kenderaan bernilai lebih RM1.5 juta dan membekukan 114 akaun bank di 12 bank berjumlah RM15.3 juta di bawah AMLA.
"Mata wang ringgit dan asing bernilai RM1.4 juta serta 22.5 kilogram logam berharga juga turut dirampas," kata BNM.
Pihak berkuasa juga berkerjasama dengan Unit Perisikan Kewangan Brunei bagi menyiasat operasi syarikat tersebut di negara berkenaan bagi kesalahan yang sama, katanya.
Mengikut seksyen 137(1) FSA, adalah satu kesalahan bagi mana-mana orang untuk menerima deposit tanpa lesen. Siasatan terhadap kesalahan pengubahan wang haram juga akan dijalankan di bawah AMLA.
Individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi dan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun.
Orang ramai dinasihat tidak berurusan dengan syarikat pengambilan deposit haram bagi tujuan pelaburan dan perlu merujuk kepada institusi kewangan berlesen yang disenarai di lawan web BNM (www.bnm.gov.my) untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2017
Enam pengarah syarikat yang disyaki bertindak sebagai dalang dan ejen untuk aktiviti pengambilan deposit haram, ditangkap dan ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan. - Gambar hiasan
Belanjawan 2025 penuhi keperluan semua segmen pelajar - Fadhlina
Komitmen besar daripada kerajaan itu adalah inklusif yang bermaksud tiada anak-anak yang akan terpinggir serta semua segmen pelajar mendapat manfaat daripada peruntukan itu.
Ernie Zakri hiasi papan iklan Times Square buat kali kedua
Pengiktirafan berprestij ini datang dari EQUAL Spotify, satu inisiatif global yang meraikan artis wanita berbakat dari seluruh dunia.
AWANI Ringkas: Tahanan dalam rumah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kadar gaji minimum RM1,700 terpakai untuk pekerja asing
Dasar gaji minimum tidak mendiskriminasi pekerja berdasarkan kewarganegaraan, selaras dengan Konvensyen ILO No.100 dan undang-undang buruh Malaysia.
Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.
[TERKINI] Keadaan sungai keroh menyukar usaha mencari lima peserta hilang
Air keruh menyukarkan usaha mengesan lima peserta lumba perahu yang hilang di Sungai Sarawak, petang semalam.
Pelbagai aktiviti untuk anak Sarawak
Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 di Kuala Lumpur pada Sabtu menyaksikan peningkatan penglibatan yang cukup menggalakkan, khususnya pameran pempamer daripada sektor kerajaan dan swasta, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Yahya Sinwar
Mohd Na'im berkata semangat perjuangan Yahya Sinwar mempertahankan tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan sentiasa dikenang oleh umat Islam seluruh dunia.
RUU tahanan di rumah bakal dibentang di Parlimen tahun depan - Saifuddin
Beliau berkata Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan RUU berkenaan.
Perahu karam: Tiga selaman bomba gagal temui mangsa
Lima individu hilang selepas perahu lumba yang dinaiki karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa masih belum dikesan.
Warga emas maut, kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas
Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas dalam kemalangan di Setiu.
Rugi RM120,000 diperdaya 'scammer' menyamar anggota AMLA
Mangsa yang percaya dengan kata-kata tersebut telah melakukan 17 transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank berbeza.
Semua prosiding kes Muhyiddin digantung
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes AMLA Muhyiddin.
Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM
Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar.
Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim
Perbicaraan kes AMLA yang dihadapi Najib akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.
Bekas pengarah syarikat didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.26 juta
Bekas pengarah syarikat penyedia perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
Pengarah syarikat bebas kes AMLA RM9.1 juta, pecah amanah RM7.6 juta
Seorang pengarah syarikat pembinaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas satu kes pengubahan wang haram RM9.1 juta dan pecah amanah RM7.6 juta.
Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman
Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada jam 3 petang, Khamis.
Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih.
Najib pindah wang daripada akaun peribadi ke akaun lain dianggap kesalahan AMLA - Pegawai penyiasat
Mahkamah Tinggi diberitahu tindakan Najib memindahkan RM150 juta dan RM12 juta daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi lain dikategorikan sebagai kesalahan di bawah AMLA.