Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Universiti Kebangsaan Malaysia ke-50 (UKM50).
Duit syiling peringatan itu dilancarkan oleh Pro-Canselor UKM, Tunku Laxamana Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar pada 21 Ogos, 2020 di UKM.
BNM dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, duit syiling itu terdiri daripada tiga spesifikasi - Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf), Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Briliant Uncirculated (B.U).
Duit Syiling Peringatan Perak diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9, berat setiap keping ialah 31.1 gram dengan nilai muka RM10 dan akan dijual pada harga RM253 sekeping. Sebanyak 1,000 keping ditempa.
Duit Syiling Peringatan Emas Nordic diperbuat menggunakan tembaga dan beberapa logam lain dan berat setiap keping ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM60.50 sekeping dengan sebanyak 1,000 keping ditempa.
Manakala Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Briliant Uncirculated (B.U) diperbuat terutamanya menggunakan tembaga dan berat setiap keping ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM13.20 sekeping.
Jumlah tempaan duit syiling ini adalah sebanyak 25,000 keping, termasuk 10,000 keping dalam bungkusan eksklusif yang dikeluarkan khas untuk dijual kepada pelajar dan alumni UKM, kata bank negara.
"Duit syiling ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu yang mengandungi satu duit syiling pruf perak berwarna dan satu duit syiling pruf emas Nordic. Setiap set dijual pada harga RM308 dan terdapat 1,000 set sahaja," kata BNM.
Menurut bank pusat, bagi memberi peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap pembelian akan dihadkan (satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf), satu syiling duit emas Nordic (pruf) dan maksimum sehingga lima duit syiling emas Nordic (B.U).
Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya.
Bagi maklumat lanjut mengenai tempahan, pembayaran dan pengambilan, satu pengumuman akan dibuat kepada orang ramai pada 25 September, 2020, kata BNM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020
Bagi memberi peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap pembelian akan dihadkan.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.
Ringgit mengukuh susulan penurunan kadar AS, prospek positif ekonomi Malaysia - BNM
Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.
Malaysia, Kemboja lancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan - BNM
Menerusi jalinan ini, pengguna dan peniaga di kedua-dua negara boleh membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan melalui kod QR secara masa nyata.
Bank Negara dijangka tidak ikuti penurunan kadar faedah Fed AS - Penganalisis
Bank Negara dijangka tidak mengikuti langkah agresif Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang telah menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
Menyamar kakitangan platform e-dagang taktik penipuan terbaru
Menyamar sebagai kakitangan platform e-dagang merupakan taktik terbaru sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang mencatatkan kerugian RM3.92 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.