KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa bank pusat itu telah mengesyorkan tiga pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa berhubung skandal yang menyelubungi syarikat itu.
Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ketika itu Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekasKetua Pegawai Pelaburan 1MDB Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee.
Zeti, 76, berkata permintaan beliau (untuk mendakwa mereka) telah dibuat kepada Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) namun tiada tindakan diambil terhadap ketiga-tiga individu.
Saksi pendakwaan ke-46 itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri tersebut yang membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Bulan lepas, Zeti memberi keterangan bahawa kertas siasatan (IP) yang dikemukakan oleh BNM kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan syor agar pendakwaan jenayah dimulakan dan beberapa pegawai kanan 1MDB didakwa telah diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Zeti berkata meskipun semua bukti kukuh telah dikumpul dan direkodkan oleh BNM dalam (IP) berkaitan kes 1MDB, Mohamed Apandi, atas sebab-sebab yang tidak diketahui pada 11 Sept 2015, memutuskan bahawa IP yang dikemukakan oleh bank pusat itu diklasifikasikan sebagai NFA.
Ketika disoal Muhammad Shafee sama ada Zeti pernah menyaksikan sebarang peranan yang dimainkan oleh Najib dalam pembayaran wang sebanyak US$1 bilion kepada syarikat usaha sama 1MDB-Petrosaudi kepada entiti yang salah, beliau berkata peranan bekas Perdana Menteri itu adalah mengemukakan jaminan kepada Kabinet untuk kelulusan.
"Itu adalah antara sebab BNM meluluskan pembayaran tersebut. Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskannya, Kabinet telah meluluskannya. Beliau (Najib) telah menjamin pelaburan itu. 1MDB sebagai syarikat yang 100 peratus milik Kementerian Kewangan (MOF), tiada sebab untuk BNM tidak meluluskannya," kata beliau.
Muhammad Shafee: Awak tidak mencadangkan bahawa Najib telah melakukannya dengan niat yang tidak baik? Zeti menjawab "ternyata, pelaburan sedemikian tidak wujud.
Muhammad Shafee: Tetapi siapa yang memberikan semua maklumat mengenai pelaburan itu kepada Najib?
Zeti: Ini adalah syarikat yang 100 peratus milik MOF.
Gabenor bank pusat itu juga berkata memandangkan Najib memegang jawatan eksekutif sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB (CBOA), beliau sepatutnya tahu mengenai jenis pelaburan yang sepatutnya dilakukan.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023

Zeti berkata permintaan beliau (untuk mendakwa mereka) telah dibuat kepada Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) namun tiada tindakan diambil terhadap ketiga-tiga individu. - Gambar fail/Bernama
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.