SHAH ALAM: Inisiatif kerajaan negeri menerusi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) memberi makna yang cukup besar kepada seorang pekerja pembersihan di bandar raya ini dalam menjalani kehidupan bersama dua anaknya.
Kamsiah Mat Ali, 56, berkata bantuan RM300 sebulan yang diterima sejak tahun lepas itu telah memberi banyak kelegaan kepadanya iaitu bukan sahaja untuk membeli barangan keperluan malah membantu pembelajaran anak-anaknya.
"Gaji saya hanya RM350 sebulan. Kadang-kadang ada hari nak sediakan makanan pun tidak mampu. Itu tidak termasuk nak beli barangan keperluan lain lagi.
"Sekarang dah dapat BINGKAS ini, saya bukan sahaja dapat beli keperluan harian tetapi turut menampung perbelanjaan keperluan pembelajaran dua anak saya yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah," kata ibu tunggal itu kepada Bernama.
Kamsiah merupakan antara kira-kira 27,000 penerima BINGKAS yang terdiri daripada ketua keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja negeri V. Ganabatirau berkata kerajaan Selangor menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat BINGKAS dengan peruntukan RM108 juta tahun ini.
Ganabatirau berkata inisiatif yang dilancarkan 1 Julai 2022 itu adalah penaiktarafan dan penjenamaan semula Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) yang diperluas capaiannya menerusi Bingkas.
"Melalui penambahbaikan itu, kerajaan negeri telah meningkatkan kadar pemberian daripada RM200 kepada RM300 setiap bulan menerusi aplikasi e-dompet Wavpay, di samping meningkatkan kuota keseluruhan bagi penerima daripada 25,000 penerima kepada 30,000 penerima," katanya.
Dalam pada itu, katanya seramai 3,256 peserta di seluruh Selangor menerima bantuan alatan perniagaan menerusi program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan sejak 2016 hingga Jun tahun ini, melibatkan dana berjumlah RM13.598 juta.
Ganabatirau berkata program bermatlamat menaik taraf kehidupan golongan B40 itu meliputi lima skop perusahaan iaitu jahitan, perniagaan makanan, perniagaan runcit, pengasuh kanak-kanak dan kraftangan.
"Antara peralatan atau mesin yang dipohon oleh penerima bantuan dan diluluskan oleh jawatankuasa pemilihan adalah seperti mesin pengadun tepung, ketuhar, peti sejuk beku, mesin jahit dan gerai bergerak," katanya.
Tambah beliau usahawan terlibat akan terus dipantau dan dibimbing serta dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan bagi memastikan perniagaannya mampu berkembang maju.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Kerajaan Selangor menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat BINGKAS dengan peruntukan RM108 juta tahun ini. - Foto BINGKAS
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
BINGKAS Selangor ringan beban ibu tunggal
Inisiatif kerajaan negeri menerusi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) memberi makna yang cukup besar kepada penerima.
Belanjawan Selangor 2022: Penerima KISS dan KISS-IT bakal terima RM300 sebulan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dimana bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan akan diberikan kepada setiap