Pergerakan Puteri UMNO melihat setiap kritikan berkenaan pimpinan serta pentadbiran seseorang individu di dalam parti lebih manis jika dibincangkan secara dalaman dan hasil positifnya dinyatakan secara terbuka pada khalayak.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, paling penting misi dan matlamat akhir bagi setiap pandangan juga perlu memenuhi fokus utama iaitu terus kukuh dan kekal berkuasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Kita berpendapat, ahli parti mempunyai pilihan tersendiri dalam menyatakan pendapat mengenai isu yang dinyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita melihat setiap ahli mempunyai kebebasan untuk bersuara, diam, berpihak, berkecuali serta menjadi 'air' atau 'minyak' dalam isu berkenaan.
"Tidak timbul isu untuk mana-mana ahli dalam parti memberi sokongan kepada Najib atau sebaliknya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Bagaimanapun kata Mas Ermieyati, sebagai sayap bongsu parti, paling penting untuk melihat kepentingan seiringan langkah Najib dan menyatakan kesetiaan untuk bersama Perdana Menteri dalam menunaikan tanggungjawab kepada parti dan negara.
"Kita lihat isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang ditimbulkan Dr Mahathir sudah lama selesai.
"Sama juga dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan perlu memberi lebih penekanan dalam dengan memberi lebih penjelasan mendalam supaya pelbagai pertanyaan rakyat terutama daripada golongan muda dapat dijawab dengan jelas selain memberi gambaran lebih jelas agar tidak dijadikan senjata pembangkang untuk menghentam kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, jelasnya, rakyat juga perlu sabar menanti laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara (AG) yang sedang menyiasat isu ini secara mendalam.
"Saya juga merupakan salah seorang anggota PAC dan memahami prosedur siasatan memakan sedikit masa untuk diselesaikan.
"Najib sudah mengarahkan semua isu berkenaan disiasat dan kini hanya menunggu hasil laporan, jadi di mana lagi kelemahan Najib dalam isu yang ditimbulkan?" katanya.
Namun ujarnya, pelbagai pendapat yang dikeluarkan veteran UMNO termasuk Dr Mahathir merupakan ramuan untuk memastikan hubungan kekeluargaan di dalam parti menjadi semakin rapat dan erat.
"Perbalahan yang mungkin dilihat khalayak adalah rentetan tangga-tangga ke arah puncak semangat satu padu sebagai sebuah parti paling utuh di negara ini.
"Pepatah 'Air dicincang tidak akan putus' merupakan frasa terbaik untuk setiap ahli UMNO dalam menghadapi pelbagai perbezaan pendapat akhir-akhir ini.
"Biarlah apa sahaja pandangan atau pendapat yang diberi oleh mana-mana pemimpin parti, paling penting, apa juga ketidaksefahaman yang mungkin berlaku di dalam parti, percanggahan pendapat atau pandangan peribadi merupakan proses merapatkan ukhwah, memperbetulkan kesilapan demi perjuangan parti untuk membela nasib orang Melayu dan negara tercinta," jelasnya.
Baru-baru ini, Dr Mahathir melalui laman blog chedet.cc telah mengkritik Najib secara terbuka serta keras apabila menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tewas pada PRU ke-14 sekiranya Najib masih menerajui UMNO dan pentadbiran kerajaan Malaysia.
Astro Awani
Tue Apr 07 2015
MAS ERMIEYATI: Bincang isu Tun M, Najib dalam semangat keluarga UMNO. -Gambar fail
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.