Kerajaan Negeri Pahang bakal membuka 22 kawasan bagi membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk memenuhi keperluan masyarakat berpendapatan sederhana (B40).
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda menyokong usaha yang dijalankan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi membantu golongan yang memerlukan.
Tengku Abdullah turut mengingatkan golongan pembuat dan pelaksana dasar bahawa baginda berperanan sebagai pemerhati yang turut membawa suara rakyat.
“Di Pahang sahaja sudah dibina dan dalam perancangan sebanyak 36 projek seperti dinyatakan dan saya berpandangan kejayaan ini adalah manifestasi tanggungjawab kerajaan dalam mensejahterakan rakyat,” titah baginda sewaktu melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek PPR Kampung Bongsu, Lanchang, Temerloh.
Baginda turut bertitah bahawa kehadirannya tidak harus dilihat sebagai berkempen untuk mana-mana pihak.
Sambil menyampaikan salam kepada calon-calon wakil rakyat yang hadir, baginda turut berpesan bahawa sesiapa sahaja yang dipilih harus merealisasikan aspirasi rakyat.
“Saya datang semata-mata nak lihat situasi musim kempen. Saya tidak mahu cakap politik kerana ia bukan kepakaran saya. Saya bagi kepada orang politik sahaja kerana mereka lebih arif.
“Saya hadir bagi melihat sendiri perancangan program kerajaan yang telah dilaksanakan. Saya ambil kisah bukan sekadar di sini dan bukan bulan ini sahaja tetapi berterusan. Saya tidak mahu mana-mana pihak anggap lawatan saya bermaksud saya mahu berkempen politik,” titahnya.
Baginda turut bertitah bahawa baginda mengetahui terdapat 118 PPR yang menelan belanja sebanyak RM6 billion dan telah membantu lebih 83,000 keluarga.
Baginda turut menggesa supaya kerajaan persekutuan dan negeri meluluskan lebih banyak projek perumahan mampu milik bagi membantu lebih 187,000 golongan B40 di Pahang.
“Saya mahu melihat bukan sahaja isu rumah diselesaikan tetapi juga keperluan lain seperti bekalan air bersih yang mencukupi, bekalan eletrik dan kemudahan asas seperti lampu jalan.
“Saya bersyukur bahawa setiap kali saya menegur pihak berkuasa mereka akan mengambil tindakan dalam masa yang singkat dan mengusahakan projek-projek tersebut.
“Saya turut menyambut usaha Kerajaan Pusat dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjayakan segala usaha-usaha kerajaan yang telah menetapkan kesejahteraan rakyat di landasan yang utuh serta mampan," titah baginda.
Majlis tersebut turut dihadiri calon BN Parlimen Temerloh Datuk Seri Sharkar Shamsudin.
Sharkar turut mengumumkan pembukaan 22 lagi tapak tanah di Pahang untuk membina PPR termasuk di Mentakab dan Kuala Semantan.
Nuradilla Noorazam
Sun May 06 2018
![Bina lebih banyak rumah mampu milik - Tengku Abdullah Bina lebih banyak rumah mampu milik - Tengku Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525596519_PPR.jpg)
Tengku Abdullah turut mengingatkan golongan pembuat dan pelaksana dasar bahawa baginda berperanan sebagai pemerhati yang turut membawa suara rakyat.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716635005_TBDiesel.jpg)
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
![Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715752619_tbjenayahseksualte.jpg)
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
![Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709804842_TBKalsomNordinj.jpg)
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
![Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705640789_Mina.jpg)
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
![Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702952162_TBjualanrahmahke.jpg)
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
!['Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar' 'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696936315_TBMohdShuhaily.jpg)
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
![Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691548080_SKIMPERUBATANMADAN.jpg)
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.
![112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI 112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696139661_AnwarIbrahim.jpg)
112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Skim itu telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada pihak berkenaan dengan sebanyak 181,460 rawatan pesakit luar telah diberikan setakat ini.
![KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694849471_TBKlasRenang.jpg)
KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.
![Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693746019_Rohto.jpg)
Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata
Kesihatan mata merupakan masalah utama kesihatan global yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.