KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berjaya merekodkan lebih RM500,000 lonjakan hasil jualan usahawan melalui program bimbingan yang diberikan kepada usahawan Sarawak secara 'one-on-one'.
Seramai 80 usahawan telah menerima bimbingan melalui tiga program iaitu INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Spa, INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Bakeri dan Program Bimbingan Keuntungan Menu, dengan RM509,000 peningkatan hasil jualan dicipta daripada ketiga-tiga program tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhd Firdaus Azharuddin, sebanyak 16 pekerjaan baharu juga dicipta melalui Program IBBC.
"Pendekatan bimbingan oleh pakar industri ternyata amat berkesan kerana mereka juga merupakan usahawan berjaya dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, pakar industri bakeri akan membimbing usahawan dalam industri yang sama kerana beliau lebih mahir dan berpengalaman luas dengan selok-belok perniagaan ini.
"INSKEN mewajibkan pakar industri untuk ke premis usahawan di seluruh Malaysia bagi memberikan bimbingan secara bersemuka," katanya dalam satu kenyataan.
Daripada keseluruhan hasil, beliau berkata sebanyak RM398,000 dijana daripada 50 usahawan Program IBBC dan lebih RM111,000 dicatat oleh 30 peserta Program Bimbingan Keuntungan Menu.
Selain itu, Muhd Firdaus menambah seorang usahawan daripada Program IBBC dan dua daripada Program Keuntungan Menu turut berjaya meningkatkan status perniagaannya daripada kategori mikro kepada perusahaan kecil.
Ujarnya lagi, bimbingan akan diberikan selama empat bulan bagi peserta Program IBBC, manakala tiga bulan untuk usahawan yang menyertai Program Keuntungan Menu.
"INSKEN menjangkakan lebih banyak program akan dilaksanakan di Sarawak selepas Kampus INSKEN Sarawak mula beroperasi pada awal Oktober lalu," katanya.
Maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my dan media sosial rasmi INSKEN.
Astro Awani
Tue Nov 14 2023
![Bimbingan INSKEN lonjak lebih RM500,000 jualan usahawan Bimbingan INSKEN lonjak lebih RM500,000 jualan usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699929379_INSKEN.jpg)
INSKEN menjangkakan lebih banyak program akan dilaksanakan di Sarawak selepas Kampus INSKEN Sarawak mula beroperasi pada awal Oktober lalu - Foto INSKEN
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kriteria PPKM: Kekuatan kewangan kukuh, dengan modal RM10 juta
Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM10 juta, berstatus Sdn Bhd dan pemilikan tempatan antara kriteria utama pelantikan PPKM. #AWANInews
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Bimbingan INSKEN lonjak lebih RM500,000 jualan usahawan Bimbingan INSKEN lonjak lebih RM500,000 jualan usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699929379_INSKEN.jpg)
Bimbingan INSKEN lonjak lebih RM500,000 jualan usahawan
Muhd Firdaus berkata, sebanyak 16 pekerjaan baharu juga dicipta melalui Program IBBC.
![INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685620982_INSKENUsahawan.jpg)
INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
![Program bimbingan INSKEN cipta hasil jualan RM3.8 juta - Ewon Program bimbingan INSKEN cipta hasil jualan RM3.8 juta - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671450284_EwonBenedick.jpg)
Program bimbingan INSKEN cipta hasil jualan RM3.8 juta - Ewon
Ketiga-tiga program itu turut mencipta 14 pekerjaan baharu melalui Program IBBC.
![Insken bantu usahawan tempuh norma baharu, catat peningkatan jualan RM9.8 juta Insken bantu usahawan tempuh norma baharu, catat peningkatan jualan RM9.8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643114137_MajlisGraduasiProg.jpg)
Insken bantu usahawan tempuh norma baharu, catat peningkatan jualan RM9.8 juta
Ia melalui dua program bimbingan iaitu Insken Bumiputera Business Coaching (BBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).
![INSKEN lancar MyNEPT bantu usahawan untuk berjaya - Wan Junaidi INSKEN lancar MyNEPT bantu usahawan untuk berjaya - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600065459_MyNET.jpg)
INSKEN lancar MyNEPT bantu usahawan untuk berjaya - Wan Junaidi
Sistem yang dibangunkan INSKEN memberi peluang kepada usahawan mengukur tahap ciri-ciri yang ada pada diri mereka.