Lebih tujuh peratus kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Malaysia dikenal pasti mempunyai berat badan berlebihan manakala lapan peratus lagi mengalami kekurangan zat makanan akut.
Perkara itu terkandung dalam Laporan Serantau mengenai Jaminaan Zat Makanan di ASEAN oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ASEAN.
Laporan itu juga menyatakan hampir seorang daripada setiap lima kanak-kanak di Malaysia terbantut atau terlalu rendah bagi usia mereka dan trend itu semakin meningkat di beberapa negara anggota ASEAN seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.
Penasihat Pemakanan Rantau Asia Timur dan Pasifik Unicef Christiane Rudert berkata usaha mencegah obesiti dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak perlu bermula sejak peringkat prahamil, ketika hamil dan dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan kanak-kanak.
"Cara memberi makan dan kesedaran tentang pentingnya diet sihat untuk menjamin pertumbuhan sihat kanak-kanak perlu diberi penekanan untuk menangani masalah itu," katanya semasa menyampaikan ucapan pada forum 'Beban Berganda Malaysia-Obesiti dan Kekurangan Zat Makanan dalam Kalangan Kanak-kanak' di Razak School of Government di sini, pada Rabu.
Beliau berkata dasar dan undang-undang kukuh juga perlu diwujudkan berkaitan amalan makan secara sihat seperti cukai gula yang dikenakan di Mexico.
Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia Zalma Abd Razak berkata faktor yang menyumbang kepada masalah itu termasuklah budaya makan secara tidak sihat seperti kurang makan buah-buahan, sayur-sayuran dan susu seperti yang disyorkan pakar kesihatan.
"Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia Mengenai Rangka Kerja Pemakanan 2016-2025 berada di peringkat akhirnya sekarang. Ia akan memberi fokus terhadap usaha memerangi obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa bagi mencapai kesejahteraan pemakanan optimum dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Untuk jangka panjang, Kementerian Kesihatan mungkin boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi menempatkan pakar pemakanan di sekolah atau pejabat pendidikan daerah.
"Ini kerana kanak-kanak sekolah adalah kumpulan sasaran terbaik bagi menanam budaya makan secara sihat dalam masyarakat," katanya.
Pensyarah Sekolah Hospitaliti, Pelancongan dan Seni Kulinari Taylor's University Dr Elise Mognard berkata kewujudan lebih banyak maklumat tentang diet sihat secara beransur-ansur dapat membantu mengubah tabiat makan orang ramai.
"Bagaimanapun, cabaran di Malaysia ialah sejumlah besar rakyatnya makan makanan luar sekurang-kurangnya sekali sehari," kata beliau.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia Prof Dr Mohd Ismail Noor pula berkata antara langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan pengambilan diet sihat di sekolah ialah dengan menyediakan mesin air bagi mendorong kanak-kanak meminum air biasa, bukan minuman bergula.
Bernama
Thu May 26 2016

Cara memberi makan dan kesedaran tentang pentingnya diet sihat untuk menjamin pertumbuhan sihat kanak-kanak perlu diberi penekanan. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difteria: Kes pertama orang dewasa babitkan wanita 41 tahun - KP Kesihatan
Mangsa mula mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada Rabu lalu, selepas mengalami demam dan mengadu tonsil membengkak, serak suara serta sukar menelan.

Lewat dapatkan rawatan leptospirosis punca pesakit maut - KP Kesihatan
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata simptom penyakit itu akan mula dirasai selepas beberapa hari mengunjungi pusat perkelahan yang tercemar dengan bakteria leptospira itu.

Bilangan kanak-kanak obes meningkat di ASEAN - UNICEF
Perkara itu terkandung dalam Laporan Serantau mengenai Jaminaan Zat Makanan di ASEAN oleh UNICEF, WHO dan ASEAN.