Seorang suri rumah dari Rembau, Negeri Sembilan, disahkan positif penyakit difteria, menjadikan ia kes pertama melibatkan orang dewasa di negara ini tahun ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa yang berumur 41 tahun itu mula mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada Rabu lalu, selepas mengalami demam dan mengadu tonsil membengkak, serak suara serta sukar menelan.
"Mangsa disyaki menghidap difteria dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan dimasukkan ke wad untuk rawatan. Keadaan mangsa stabil.
"Ujian makmal semalam mengesahkan mangsa positif difteria. Ini adalah kes terpencil, rawatan prodilaksis telah diberikan kepada semua kontak mangsa termasuk ahli keluarga serta kakitangan kesihatan dan hospital," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, susulan daripada kes difteria baharu itu, ia menjadikan jumlah kes setakat ini sebanyak 15 termasuk lima kematian iaitu di Melaka (tiga kes, satu kematian), Kedah (tujuh kes, satu kematian), Sabah ( empat kes, tiga kematian) dan Negeri Sembilan satu kes.
Pada masa sama katanya, satu kes disyaki difteria melibatkan seorang kanak-kanak berumur lapan tahun dilaporkan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan hari ini.
"Mangsa mengalami deman, sakit tekak, bengkak muka dan leher sejak Rabu lepas. Keputusan ujian makmal belum diperoleh dan mangsa dalam keadaan stabil serta telah diberikan rawatan anti-toksin difteria," katanya.
Dr Noor Hisham menjelaskan bakteria Corynebacterium diphtheriae boleh menjangkiti tekak orang dewasa atau kanak-kanak dan ia akan berkembang biak serta menyebabkan gejala apabila status kesihatan individu itu tidak optima.
"Ia boleh disebarkan melalui titisan respiratori dan akan memberi risiko kepada orang lain, khususnya kanak-kanak yang kurang daya tahan tubuh dan mereka yang tiada antibodi kerana tidak mendapatkan imunisasi atau status imunisasi tidak lengkap," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa memastikan setiap kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun mendapatkan imunisasi 5-serangkai yang lengkap.
Langkah itu katanya akan dapat meningkatkan imuniti kanak-kanak serta imuniti kelompok, seterusnya membendung kejadian difteria daripada terus menjadi masalah kepada kesihatan awam.
Bernama
Sun Jul 17 2016

Mangsa mengalami demam dan mengadu tonsil membengkak, serak suara serta sukar menelan. - Gambar hiasan
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Difteria: Kes pertama orang dewasa babitkan wanita 41 tahun - KP Kesihatan
Mangsa mula mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada Rabu lalu, selepas mengalami demam dan mengadu tonsil membengkak, serak suara serta sukar menelan.