Bilangan jemaah solat Jumaat di Pulau Pinang ditambah kepada 40 orang berbanding 15 jemaah sebelum ini, berkuat kuasa 12 Jun, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata perkara itu diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang turut membenarkan pertambahan bilangan jemaah solat fardu lima waktu kepada 15 orang, terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid sahaja.
"Bilangan jemaah untuk solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid akan ditambah lagi secara beransur-ansur. Cara pelaksanaan diserahkan kepada pengurusan masjid. Contohnya, dibuat giliran atau sebagainya," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Bagaimanapun, terdapat masjid di negeri ini yang masih mengekalkan jumlah jemaah yang dibenarkan sepanjang tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mampu mengawal bilangan jemaah yang ramai, selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, katanya.
Wan Salim berkata SOP pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih kekal sama dengan jemaah perlu menulis nama dalam buku rekod yang disediakan, mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah sendiri, pemeriksaan suhu badan, mengamalkan jarak sosial, mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman dan segera meninggalkan masjid selepas selesai solat.
Sebelum ini, Pulau Pinang membenarkan solat Jumaat dihadiri 15 jemaah manakala bagi solat fardu lima waktu dihadkan hanya kepada tiga jemaah iaitu imam, bilal dan siak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020

Bilangan jemaah solat Jumaat di Pulau Pinang ditambah kepada 40 orang berbanding 15 jemaah sebelum ini, berkuat kuasa 12 Jun, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. - Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

JHEAIPP tahan 14 pengunjung pusat hiburan
Kesemua yang ditahan beragama Islam atas kesalahan meminum minuman memabukkan.

Pulau Pinang benarkan akad nikah di premis persendirian
Bagaimanapun, majlis yang diadakan itu tidak boleh melebihi 50 minit dengan mematuhi SOP ketat yang ditetapkan.

Permohonan berkahwin di Pulau Pinang ditangguh
Semua permohonan kebenaran berkahwin bagi Pulau Pinang ditangguhkan bermula esok (Selasa) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Umat Islam Pulau Pinang syukur dapat solat sunat Aidilfitri secara bergilir
Peluang mengadakan solat sunat Aidilfitri secara bergilir sebanyak tiga sesi melengkapkan impian jemaah.

P. Pinang benarkan aktiviti keagamaan termasuk tarawih di masjid sepanjang Ramadan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di negeri itu sepanjang Ramadan termasuk solat tarawih serta moreh.

Bilangan jemaah solat Jumaat, fardu di Pulau Pinang ditambah bermula 12 Jun
Bilangan jemaah solat Jumaat di Pulau Pinang ditambah kepada 40 orang berbanding 15 jemaah sebelum ini, berkuat kuasa 12 Jun.

PKP: JHEAIPP tangguh permohonan kebenaran perkahwinan bermula 1 April
Semua urusan berkaitan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah di Pulau Pinang ditangguhkan bermula 1 April sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Larangan guna pembesar suara di masjid selain untuk azan akan diwarta di P.Pinang
Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai.