Transparency International Malaysia (TI-M) mengalu-alukan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen pada Isnin tetapi mempersoalkan bilakah kerajaan akan belajar sesuatu daripada laporan tahunan itu.
Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata kerajaan perlu tindakan susulan dengan segera.
Pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu yang diketengahkan dalam laporan itu.
"Adalah malang apabila kelemahan pengurusan dan pembaziran dana awam ini berterusan tahun demi tahun. Sikap tidak acuh kerajaan untuk mengambil tindakan tegas … mewujudkan budaya menyeleweng dalam hampir semua jabatan kerajaan.
"Untuk menangani masalah ini, kerajaan mesti melaksanakan dengan segera perubahan dan penguatkuasaan yang tegas dalam sistem kawalan dalaman, ketelusan, kebertanggungjawaban, reputasi peribadi dan integriti.
"Bilakah kita hendak belajar daripada Laporan Ketua Audit?" katanya dalam satu kenyataan.
Sebanyak 230 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan negeri membuat penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Jabatan Audit Negara mengemukakan 55 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 31 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 144 syor kepada Kerajaan-kerajaan negeri.
TI-M memetik contoh-contoh khusus berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2013, yang mendapati bahawa Perbadanan Aset Keretapi (PAK) telah membayar kontraktornya kos penyelenggaraan hampir RM100 juta walaupun rekod menunjukkan bahawa keretapi elektrik yang dikendalikan oleh KTM Berhad telah terlepas servis penyelenggaraan harian pada bulan Ogos dan Disember 2012 serta Februari, Mei dan Julai, 2013.
“Apa yang lebih membimbangkan adalah Jabatan Penyiaran, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia,membyarr 413 program televisyen yang bernilai RM 111.30 juta tanpa kontrak rasmi.
“Laporan Audit 2013 juga menekankan bahawa RTM telah gagal untuk mengeluarkan penalti kepada syarikat-syarikat yang lewat dalam menyampaikan program-program mereka, menyebabkan kerajaan kehilangan RM182,142” ” kata Akhbar memetik laporan Ketua Audit.
Sementara itu, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Laporan Maklum Balas ke atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara.
"Kelemahan yang dilaporkan kebanyakannya bersabit dengan kecekapan dan akuran penjawat awam kepada peraturan kewangan kerajaan," kata Ambrin dalam kenyataan pada Isnin.
TM-I turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat bukan sahaja kepada bilangan kes yang tertunggak bagi projek-projek awam di mana menyebabkan kos meningkat dan penyalahgunaan dana awam.
TM-I juga mahu agar penyelenggaraan kes-kes rasuah, pecah amanah dan penipuan dikenal pasti dan tindakan sewajarnya diambil.
“Kami menggesa PM untuk menyiasat sama ada dana awam telah dibelanjakan secara berhemah dan pastikan setiap Menteri bertanggungjawab bagi setiap kegagalan mematuhi peraturan kewangan, pengurusan, perolehan berharga tinggi, perkara yang tidak berbaloi dan sasaran yang tidak dicapai.
Mereka harus mengambil tindakan susulan terhadap semua isu-isu yang disenaraikan dalam Laporan Audit tahun ini agar prestasi dapat diperbaiki daripada audit lepas” kata Akhbar lagi.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 dibentangkan di Parlimen pada Isnin selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Astro Awani
Tue Jun 17 2014
![Bila kita hendak belajar daripada Laporan Ketua Audit - Akhbar Satar Bila kita hendak belajar daripada Laporan Ketua Audit - Akhbar Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71402896682_295x200.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 dibentangkan di Parlimen pada Isnin
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Tiada unsur kejutan jika keluar notis pembekuan akaun - SPRM Tiada unsur kejutan jika keluar notis pembekuan akaun - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529645411_SHUKRIABDULL.jpg)
Tiada unsur kejutan jika keluar notis pembekuan akaun - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mengeluarkan sebarang notis pembekuan akaun susulan siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![PM, Kabinet, Ketua Institusi perlu isytihar harta - Akhbar Satar PM, Kabinet, Ketua Institusi perlu isytihar harta - Akhbar Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526888464_AkhbarSatar.jpg)
PM, Kabinet, Ketua Institusi perlu isytihar harta - Akhbar Satar
Datuk Akhbar Satar turut mencadangkan supaya proses tersebut turut dilakukan pasangan masing-masing dan ahli keluarga terdekat.
![Indeks Persepsi Rasuah 2017: Malaysia lepasi purata dunia, Asia Pasifik Indeks Persepsi Rasuah 2017: Malaysia lepasi purata dunia, Asia Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519280760_PelanconganBUDGET.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah 2017: Malaysia lepasi purata dunia, Asia Pasifik
Malaysia yang mendapat 47 mata, berjaya melepasi skor purata global iaitu 43 mata serta skor purata Asia Pasifik iaitu 44 mata.
![Pendekatan agresif polis bantu kekang penularan Daish - Pakar Kriminologi Pendekatan agresif polis bantu kekang penularan Daish - Pakar Kriminologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514200864_AKHBARSATAR.jpg)
Pendekatan agresif polis bantu kekang penularan Daish - Pakar Kriminologi
Pendekatan agresif pihak polis dalam membanteras kegiatan Daish telah mengekang fahaman militan di Malaysia daripada merebak.
![Persepsi polis paling korup, 13 peratus pernah 'suap' polis Persepsi polis paling korup, 13 peratus pernah 'suap' polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61469982353_AKHBARSATAR.jpg)
Persepsi polis paling korup, 13 peratus pernah 'suap' polis
Kaji selidik Barometer Rasuah Global (GCB) 2017 menunjukkan polis masih dibayangi persepsi sebagai institusi paling korup di mata masyarakat.
![Kewujudan pembunuh upahan, kelemahan kawalan sempadan punca kes tembak meningkat Kewujudan pembunuh upahan, kelemahan kawalan sempadan punca kes tembak meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469635256_KesTembakSetapak.jpg)
Kewujudan pembunuh upahan, kelemahan kawalan sempadan punca kes tembak meningkat
Peningkatan kes tembak di Malaysia sejak kebelakangan ini didapati berpunca daripada wujudnya kumpulan pembunuh upahan.
![IPT disaran lakukan semakan latar belakang pensyarah, kekang fahaman Daish IPT disaran lakukan semakan latar belakang pensyarah, kekang fahaman Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437892804_AkhbarSatar.jpg)
IPT disaran lakukan semakan latar belakang pensyarah, kekang fahaman Daish
Semua institut pengajian tinggi (IPT) disarankan agar melakukan saringan latar belakang pensyarah bagi menyekat fahaman militan Daish daripada melebarkan pengaruhnya di IPT.
![Pembangunan perlu patuhi SOP, amal konsep tender terbuka Pembangunan perlu patuhi SOP, amal konsep tender terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452165538_BauksitKuantan.jpg)
Pembangunan perlu patuhi SOP, amal konsep tender terbuka
Pematuhan standard prosedur operasi dan keterbukaan penawaran tender adalah penting bagi memastikan tidak wujud ketirisan dalam sesebuah projek pembangunan.
![Bila kita hendak belajar daripada Laporan Ketua Audit - Akhbar Satar Bila kita hendak belajar daripada Laporan Ketua Audit - Akhbar Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71402896682_295x200.jpg)
Bila kita hendak belajar daripada Laporan Ketua Audit - Akhbar Satar
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata kerajaan perlu tindakan susulan dengan segera.
![Akta Pencegahan Jenayah diperlukan-- Dr Jeniri Akta Pencegahan Jenayah diperlukan-- Dr Jeniri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/61380204569_120x90.jpg)
Akta Pencegahan Jenayah diperlukan-- Dr Jeniri
Akta Pencegahan Jenayah 1959(Disemak)dilihat sebagai relevan dan amat diperlukan.