Pensyarah Kanan UNIMAS Dr. Jeniri Amir melihat pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) sebagai amat diperlukan di Sabah dan Sarawak memandangkan pihak polis di kedua-dua negeri berkenaan hanya mengunakan Tatacara Jenayah untuk menangani masalah peningkatan jenayah berat di negeri berkenaan.




Beberapa elemen baru yang diperkenalkan melalui pindaan rang undang-undang PCA turut dipuji pakar jenayah kerana ia membolehkan polis melaksanakan siasatan lebih terperinci.




Sementara itu, pakar pencegahan jenayah Datuk Akhbar Satar menyifatkan pengenalan Lembaga Pencegahan Jenayah yang dianggotai oleh ahli dari badan kehakiman mampu memelihara aspek hak asasi manusia.