"Bila banjir dekat Kuantan nak surut? Kesian mama," keluh seorang warga Twitterjaya tentang keadaan banjir yang melanda kampung halamannya.

Penduduk di sekitar bandar Kuantan, Pahang dan Kemaman, Terengganu telah mula menyatakan keresahan mereka apabila banjir di kawasan-kawasan tersebut semakin teruk.

Sehingga kini tiada lagi tanda-tanda untuk pihak kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua kawasan itu meskipun situasinya semakin buruk.

Tinjauan Astro AWANI terhadap warga-warga di laman media sosial Twitter hari ini mendapati ramai yang risau tentang keadaan yang melanda tempat mereka sekarang.







Selain penduduk-penduduk tempatan, mereka yang dari luar kawasan tersebut turut menyuarakan rasa simpati mereka.


Mereka turut memuatnaik gambar-gambar keadaan banjir yang diambil melalui telefon bimbit.