JITRA: Bagi individu yang tidak tergolong dalam kategori warga emas atau mempunyai masalah kesihatan serius, menunggu tarikh pemberian suntikan vaksin COVID-19 umpama 'menanti buah yang tidak gugur.'
Tambah merisaukan, mereka terpaksa keluar bekerja setiap hari meskipun berada dalam Sekatan Pergerakan Penuh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 3.0
Itu luahan seorang eksekutif sebuah kilang di sini, Mohd Firdaus Alfred Abdullah, 39.
"Saya risau, kilang ada kebenaran untuk beroperasi, jadi saya perlu bekerja setiap hari.
"Di rumah ada anak-anak kecil, kalau boleh memang nak sangat dapat vaksin cepat, nak pergi kerja pun tak risau sangat, dah daftar vaksin sejak Februari lagi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Berkongsi kebimbangan sama, Qhairul Mariah Abd Rahman, 38, memaklumkan beliau sebenarnya tidak sabar untuk divaksin kerana berpendapat hanya dengan cara itu risiko jangkitan wabak tersebut yang sedang 'menggila' ketika ini akan dapat dikurangkan.
"Saya seorang konsultan syarikat penapis air, dalam sebulan hampir 100 rumah saya pergi dan ada tuan rumah takut kat kita, kita pun takut kepada tuan rumah, kalau dah vaksin, pelanggan pun akan rasa yakin sikit dengan kita.
"Saya sangat berharap proses suntikan vaksin ini dapat mengambil kira orang seperti saya, yang bekerja (dan terpaksa berdepan) dengan orang ramai yang kita tak tahu latar belakang mereka," katanya yang juga sudah mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera sejak Februari lepas.
Seorang tukang jahit, Sarimah Saad, 47, pula berkata beliau amat berharap agar segera divaksin dan tidak kisah apa juga jenama vaksin yang bakal diterima asalkan dapat 'memasang perisai' untuk melindungi diri serta keluarga.
Sarimah berkata beliau dan anaknya sudah mendaftar sebagai penerima vaksin sejak dari awal lagi iaitu pada Mac lepas serta sentiasa memeriksa aplikasi MySejahtera untuk mengetahui tarikh janji temu untuk divaksin.
"Walaupun tiada sebarang masalah kesihatan yang boleh dijadikan alasan untuk dapat vaksin segera, tapi kakak nak sangat dapat cepat sebab sekarang rasa tak selamat, kalau dah suntik vaksin, rasa lega sikit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021
!['Bila agaknya nak dapat vaksin?' - Keluhan individu keluar bekerja setiap hari 'Bila agaknya nak dapat vaksin?' - Keluhan individu keluar bekerja setiap hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622453183_Vaksinator.jpg)
Seorang tukang jahit berharap agar segera divaksin dan tidak kisah apa juga jenama vaksin yang bakal diterima. - BERNAMA
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Biskut beracun: Pekebun dipanggil beri keterangan, bantu siasatan - Polis Biskut beracun: Pekebun dipanggil beri keterangan, bantu siasatan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721028534_WanMuhamadWanJaa.jpg)
Biskut beracun: Pekebun dipanggil beri keterangan, bantu siasatan - Polis
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata pihaknya akan memanggil warga emas yang berusia 70 tahun itu untuk siasatan lanjut.
![Warga emas tempuh perjalanan 500 kilometer untuk jual bakul Warga emas tempuh perjalanan 500 kilometer untuk jual bakul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720494423_Wargaemas.jpg)
Warga emas tempuh perjalanan 500 kilometer untuk jual bakul
Jualan pelbagai hasil kraftangan itu merupakan mata pencarian utama untuk menyara keluarganya yang berada di kampung.
![Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720413038_bommortar.jpg)
Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah
Objek itu dipercayai ditinggalkan oleh bekas penyewa yang telah berpindah keluar pada Januari lalu.
![Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706680207_scam.jpg)
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
![PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720226565_tbPRKSUNGAIBAKAP.jpg)
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
![Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720189643_TBkemalanganMaut.jpg)
Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.
![Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720173329_TBJudi.jpg)
Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran ejen judi.
![Usia 60 tahun bukan penghalang Nordin terus 'terbang' di awan biru Usia 60 tahun bukan penghalang Nordin terus 'terbang' di awan biru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720164087_Nordin.jpg)
Usia 60 tahun bukan penghalang Nordin terus 'terbang' di awan biru
Menginjak usia emas tidak menghalang pramugara ini meneruskan karier yang menuntut kekuatan mental serta fizikal dan terus 'terbang' megah di awan biru.