Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat jenama Quaker Oats yang dijual di pasaran tempatan tidak mengandungi glyphosate iaitu sejenis racun rumpai.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mengikut sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oat adalah 30miligram/kilogram (mg/kg).
"Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta tersebar luas di media sosial kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya laman web itu melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat itu didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.
Menurut Noor Hisham, pihaknya sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna melalui penguatkuasaan bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan terkawal.
"Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika ada aduan berkaitan keselamatan makanan," katanya.
Bernama
Sat May 28 2016
Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat jenama Quaker Oats yang dijual di pasaran tempatan tidak mengandungi glyphosate iaitu sejenis racun rumpai.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan terbaharu memaklumkan penumpang dibenarkan masuk secara berperingkat dan pergerakan penumpang ke platform dikawal petugas stesen.
Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.
Tiga suspek termasuk pasangan kekasih warga Pakistan ditahan
Sindiket pemalsuan dokumen dan cap Imigresen yang dipercayai didalangi warga Pakistan tumpas selepas tiga suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis di ibu negara, Isnin lalu.
Ujian Bahasa Inggeris, Tasawwur Islam di Johor Isnin ini seperti biasa
KPM telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri berhubung peperiksaan SPM dan cuti kelepasan am.
Malaysia rekod 88.3 juta penumpang udara 11 bulan pertama 2024
Malaysia merekodkan 88.3 juta penumpang udara bagi 11 bulan pertama 2024, sekali gus meletakkan negara di landasan tepat untuk mencapai unjuran trafik penumpang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) bagi sepanjang tahun.
Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Januari 2025.
Bijirin Quaker Oats pasaran tempatan selamat - KP Kesihatan
KKM mengesahkan, bijirin oat jenama Quaker Oats yang dijual di pasaran tempatan tidak mengandungi glyphosate iaitu sejenis racun rumpai.