KUALA LUMPUR: Kes bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad yang didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, bermula April tahun depan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali berkata mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan selama 11 hari bermula 6 April serta enam hari dari 17 hingga 19 Mei dan 23 hingga 25 Mei, tahun hadapan.
"Perbicaraan kes akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dan mahkamah juga menetapkan 11 Ogos ini untuk pengurusan kes selanjutnya," katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes itu yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar hari ini.
Prosiding dalam talian itu turut disertai Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat dan Rasyidah Murni Azmi manakala peguam Syahrul Syazwan Salehin, mewakili Shahrir.
Shahrir, 71, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013.
Cek itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 Nov 2013.
Justeru, Shahrir didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi membabitkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dan dituduh melakukan kesalahan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 02 2021

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan Shahrir selama 11 hari bermula 6 April serta enam hari dari 17 hingga 19 Mei dan 23 hingga 25 Mei, tahun hadapan. - Gambar fail/ Astro AWANI

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Shahrir Samad tidak tahu sumber wang RM1 juta diterima daripada Najib - Saksi
Menurut saksi, beliau yang berpengalaman dalam bidang perbankan selama 12 tahun, juga tidak mengetahui sumber wang tersebut.

Isa Samad lantik peguam baharu kes pecah amanah, rasuah RM3 juta
Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad melantik peguam baharu, mengendalikan satu kes pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta dihadapinya.