KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan membuktikan bekas Pengerusi Felda itu terlibat secara langsung dengan aktiviti pengubahan wang haram apabila memperoleh wang berjumlah RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd 'Afif Ali berkata, terdapat keterangan lisan daripada saksi pendakwaan bagi membuktikan tertuduh (Shahrir) memperoleh wang itu yang dimasukkan ke dalam akaun bank Public Islamic miliknya melalui sekeping cek bertarikh 27 Nov 2013.
"Terdapat juga keterangan bahawa tertuduh tidak melaporkan pendapatan sebenar itu di dalam Borang Penyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 dan ini membuktikan tertuduh telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi menyebabkan hasil daripada satu aktiviti haram," katanya semasa membaca pernyataan pembukaan pendakwaan pada hari pertama perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 25 April 2014, mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Menurut Mohd 'Afif, pihak pendakwaan akan memanggil kesemua saksi yang berkenaan bagi membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh sama ada melalui keterangan secara terus atau secara tidak langsung.
Shahrir yang memakai sut berwarna hitam tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 8.20 pagi.
Pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi dan Natrah Fareha Rahmat.
Pada prosiding hari ini, Shahrir diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Syahrul Syazwan Salehin dan Shazreen Mohd Hatta.
Selepas pernyataan pembukaan dibacakan, pendakwaan memanggil saksi pertamanya iaitu Penolong Pegawai Tadbir Tinggi, Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen, Parlimen Malaysia, Rosli Mat Jinun, 49, untuk memberi keterangan. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022

Pihak pendakwaan akan membuktikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad terlibat secara langsung dengan aktiviti pengubahan wang haram. - Foto fail/BERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.

Isu klip video pemilihan UMNO dibawa ke Lembaga Disiplin
Shahrir Abdul Samad berkata, isu tersebut akan dibawa ke Lembaga Disiplin parti tersebut bagi tindakan selanjutnya.

Pemilihan UMNO: Hanya keputusan Naib Ketua Pemuda belum boleh dimuktamad - Shahrir
Hanya keputusan pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan sayap parti itu yang belum boleh dimuktamadkan pada malam ini.

Pemilihan UMNO: Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Tiga calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO ditolak dalam pemilihan parti ini bagi sesi 2023-2023.

Pemilihan UMNO: Persaingan bermula!
Secara keseluruhan, seramai 270 calon mengesahkan untuk bertanding merebut jawatan di peringkat pusat yang akan diadakan pada Mac depan.

Bicara kes Shahrir Samad bermula
Pihak pendakwaan akan membuktikan bekas Pengerusi Felda itu terlibat secara langsung dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Gagal isytihar RM1 juta kepada LHDN: Shahrir mohon tukar hakim dengar permohonan
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memfailkan permohonan itu selepas mendapat arahan daripada anak guamnya.

Tanah Jalan Semarak: Felda saman Isa Samad, Shahrir, 19 lagi
Plaintif memfailkan saman melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21 mereka sebagai defendan.

Felda dapat kembali hak milik tanah Jalan Semarak
16 lot tanah Jalan Semarak telah didaftarkan kembali atas nama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Felda 2.0: Dua lagi tanah rancangan terpilih
Dua lagi tanah rancangan Felda di Pahang bakal dibangunkan di bawah Program Felda 2.0 pada tahun ini selepas ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Lurah Bilut pada 4 Feb.