Dalam pada kebanyakan rakyat Malaysia berteka-teki tentang suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, kerajaan bertindak melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.
Susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya juga tidak dibenarkan sepanjang lanjutan PKPB selama empat minggu itu.
Seperti yang dijangka, pengumuman "tidak boleh balik kampung" ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang tentunya mencurahkan perasaan mereka menerusi paparan media sosial.
Dalam laman Facebook, seorang jurutera profesional, Ir Abdul Rahman berpandangan, keputusan kerajaan tidak membenarkan orang ramai pulang beraya itu wajar diambil dari sudut positif kerana emak dan bapa dalam kalangan warga emas diketahui memiliki sistem imunisasi yang lemah dan sangat terdedah kepada serangan wabak itu, sekali gus menambahkan rantaian COVID-19.
"Jangan dek kerana ghairahnya kita nak balik kampung dan ziarah sana sini, akhirnya kita akan menyesal diri sebab orang tua kita dah dijangkiti.
"Kalau boleh sembuh tak mengapalah juga tapi kalau tak boleh sembuh sampai membawa maut? Akhirnya, nak iring ke kubur pun tak dibenarkan. Tak ke sedih kalau jadi macam tu...," katanya.
Menerusi catatan di Facebooknya lagi, ujar beliau, peperangan ke atas COVID-19 masih belum berakhir dan memohon semua pihak agar menjadikan dua kes baharu di Sitiawan, Perak sebagai rujukan dan peringatan ketika berada di luar rumah kerana kita tidak akan mengetahui menjadi pembawa virus itu.
Sebelum ini, beliau yang terkenal dengan kata-kata pandangan dan nasihat di Facebook ada mengingatkan rakyat Malaysia tentang kebarangkalian risiko penularan wabak itu pada musim perayaan, ditambah pula dengan kelonggaran syarat bagi aktiviti ziarah sehingga 20 orang pada satu-satu masa, sudah pastinya setiap daripada kita akan leka keluar berhari raya.
Perkongsian yang dikatakan membuka mata ini telah meraih lebih 1,000 'share' ketika artikel ini ditulis.
Sementara itu, ramai warganet di Facebook menyukai kenyataan Abdul Rahman dan membuat hantaran dengan memberi komen yang menggalakkan dan penghargaan.
Noriyati Mohd Shaari, pengguna Facebook dari Beranang, Selangor berkata, sebagai anak yang berada di perantauan, mereka haruslah memahamkan ibu bapa mereka akan situasi semasa yang tidak mengizinkan mereka pulang beraya di kampung.
"Yang dah berada di kampung itu faham-fahamkan ibu bapa kenapa ada anak mereka tak balik, semoga mereka faham dan tidak timbul isu sedih dan marah pada anak yang tidak balik," katanya.
Bagi Hasimah Sim : "Mohon kita semua faham situasi sekarang tidak mengizinkan kita pulang ke kampung berhari raya seperti biasa. Buatlah solat lima waktu, banyakkan selawat zikir bertasbih bertaubat. Jadi jangan kata bosan duduk di rumah."
Patrick Khoo turut bersetuju dan meninggalkan komen: "Biarlah setahun tak meriah raya, jangan sampai tak beraya selama lamanya".
Malaysia kini berada di landasan terbaik bagi memutuskan rantaian pandemik itu dan semalam, kes positif COVID-19 terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac, dengan 16 kes dilapor, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 6,742 kes.
Malah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan 110 pesakit COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj semalam menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya 5,223 kes, iaitu 77.5 peratus daripada keseluruhan kes. - BERNAMA
Bernama
Wed May 13 2020

Biarlah sambutan Aidilfitri pada tahun ini tidak semeriah sebelum ini kerana apa yang paling utama ialah kita memutuskan rantaian COVID-19. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan, 'smart lane' dibuka kurangkan kesesakan
Setakat 10.30 pagi, trafik semakin meningkat di sekitar Lebuhraya PLUS E2 menghala selatan, PLUS E1 menghala utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab
Comel pula nama panggilan Mek Nab!

Remy Ishak bawa anak balik kampung
Tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.

Aidilfitri: Tempahan hotel kucing penuh sejak Januari
Tempahan hotel untuk kucing peliharaan mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri
Dianggarkan sekitar 193 juta penduduk bergerak menuju ke destinasi masing-masing susulan cuti perayaan yang panjang tahun ini.

Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya
Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.

Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Aidilfitri: Tol percuma bermula hari ini, aliran trafik dijangka meningkat
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.

PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.

Perantau Kelantan disarankan pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli
Pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, dinasihat agar gunakan laluan itu bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan.