Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan tuntutan negara Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan sama sekali oleh Malaysia hatta mereka 'terkeluar lidah' sekalipun.
Menurut Anifah, sekiranya tuntutan ini dilayan,i a boleh dilihat sebagai petanda kerajaan sedia ada bersetuju terhadap tuntutan itu dan beliau turut menegaskan tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak dari negara berkenaan bagi membincangkan perkara terbabit.
Jelasnya, negara ini tetap berpegang teguh kepada pengiktirafan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa di mana Sabah adalah sebahagian dari Malaysia sejak persekutuan ini ditubuhkan pada 16 September 1963.
"Kita tidak mengiktiraf sebarang tuntutan yang dilakukan oleh mana-mana negara, kita tidak menghalang mereka daripada membuat tuntutan itu, biarlah mereka menuntut sehingga lidah panjang mereka keluar memandangkan mereka telah lama membuat tuntutan," katanya selepas membuat pertemuan tertutup dengan bloger-bloger media sosial tempatan di Kota Kinabalu, hari ini.
Anifah turut menyatakan, terdapat juga segelintir pemimpin pembangkang yang menyelar tindakan kerajaan yang seolah-olah membisu terhadap perkara itu namun Anifah menjelaskan, perkara terbabit tidak perlu dibicarakan ke peringkat antarabangsa kerana ia seakan mengiyakan lagi tuntutan berkenaan.
Terdahulu, isu tuntutan yang terbaru terhadap Sabah ini timbul susulan salah seorang ahli jawatankuasa perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr. yang mendakwa mahu memasukkan Negeri Sabah di dalam negara republik berkenaan dalam satu temu bual bersama sebuah agensi berita, baru-baru ini.
Sementara itu, dalam pertemuan berkenaan Anifah turut membayangkan hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) wajar dimasukkan sebagai manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuklah 40 peratus hak istimewa rakyat Sabah.
"Dengan sikap terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersedia mendengar tuntutan rakyat Sabah, saya rasa kita akan mendapat maklum balas yang positif dalam usaha kita untuk mendapatkan kembali hak yang sepatutnya menjadi milik kita," katanya.
Dalam pada itu, Anifah turut menempelak tindakan mantan perdana menteri sebelum ini yang dalam pemerintahan selama 22 tahunnya tidak pernah mengambil berat berhubung isu di Sabah terutama mengenai MA63.
Ruzaini Zulkepli
Fri Feb 02 2018
nifah turut menempelak tindakan mantan perdana menteri sebelum ini yang dalam pemerintahan selama 22 tahunnya tidak pernah mengambil berat berhubung isu di Sabah terutama mengenai MA63. - Gambar fail
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
228.2 juta nilai dadah yang dihapus setakat Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan nilai dadah yang dihapuskan setakat Oktober 2024 adalah sebanyak 228.2 juta ringgit.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Dr Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.