KUALA LUMPUR:Parti-parti politik di negara ini akan bersilih ganti menerajui Kerajaan Persekutuan namun, institusi pentadbiran harus sentiasa komited untuk memerangi rasuah, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin.
Beliau berkata, pembuat dasar boleh mewujudkan pelbagai jenis undang-undang rasuah yang ketat, namun ia harus selari dengan komitmen daripada segenap masyarakat.
Jelasnya lagi, budaya antirasuah hanya akan berjaya jika ia ditangani dengan baik oleh kerajaan dan diterjemah melalui pemikiran dan tindakan rakyat Malaysia.
“Ini sebenarnya dapat mengelakkan budaya atau urus tadbir ‘tick-the-box’ atau sekadar menanda kotak keperluan dalam borang-borang kerajaan. Jadi inilah yang akan mewujudkan skandal seperti kartel daging baru-baru ini, dan sebagainya.
“Satu lagi perkara penting ialah anda tidak boleh memilih pendakwaan. Jadi semua orang dapat melihat bahawa pentadbiran agensi kerajaan sangat serius dengan urus tadbir,” katanya lagi.
Dalam Kajian Suku Ke-Empat 2020 oleh Emir Research yang diterbitkan pada Selasa (1 Februari), 78 peratus responden bersetuju bahawa agensi penguat kuasa melakukan tindakan sewajarnya dalam membanteras rasuah.
Pada masa yang sama, 62 peratus responden bersetuju terdapat masalah moral dalam kalangan pemimpin politik, hingga menyebabkan gejala rasuah agak serius dalam negara ini.
Dalam pada itu, Rais juga menggesa agar pendakwaan terhadap kes rasuah harus bersikap adil, dan tidak tunduk kepada tekanan politik mana-mana pihak.
Rais berkata, beliau berulang kali menegaskan bahawa rasuah hanya akan memberi kekayaan dan kemewahan kepada segelintir, tetapi akan memiskinkan lebih ramai orang.
Firdaus Azil
Tue Feb 02 2021
RAIS: Rasuah hanya akan memberi kekayaan dan kemewahan kepada segelintir, tetapi akan memiskinkan lebih ramai orang. - Gambar fail
Anggota tentera ditahan bersama pelbagai dadah
Pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram).
Renjatan elektrik: Syarikat bas gagal audit ICOP
Syarikat bas eskpres yang terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki gagal dalam audit ICOP.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
KPDN rampas 38,500 liter diesel disimpan di lokasi tidak berlesen
Syarikat itu disyaki memindahkan diesel dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen dan menyimpan jumlah diesel melebihi had yang dibenarkan dalam permit.
Dari mana datangnya 1.2 juta pelancong China ? - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata pelancong dari China sebanyak 1.2 juta yang masuk ke Malaysia bermula dari legasi lama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Taburan hujan 20 hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas - METMalaysia
Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan utara serta timur Sabah dijangka menerima taburan hujan melebihi 20 hingga 40 peratus pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.
Gunung Marapi Indonesia meletus
Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksanakan dalam 3 Fasa
Menteri Kerja Raya berkata pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksanakan dalam 3 fasa. Fasa 1A dijadualkan siap pada suku pertama 2026 manakala keseluruhan Fasa 1B dijangka disiapkan pada 2029.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.
Lawatan Anwar ke Arab Saudi perlu dilihat dari perspektif holistik - Penganalisis
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini harus dilihat dari perspektif holistik dan sihat.
Syarikat cleantech adalah jalan terbaik Malaysia - CEO EMIR Research
Syarikat-syarikat ini boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang mampu meningkatkan kesihatan jangka panjang alam sekitar.
Setiap kementerian wajib papar KPI masing-masing - Rais Hussin
Kerajaan perlu telus dengan setiap perancangan mereka dan bertanggungjawab atas setiap kejayaan mahupun kegagalan masing-masing.
Rais dah keluar parti, ahli Bersatu lain bila nak keluar? - Zahid Hamidi
Kata Ahmad Zahid, sekiranya Bersatu tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak, adalah sudah terlambat untuk berbuat demikian.
Biar kerajaan bertukar ganti, institusi antirasuah harus terus kukuh - Rais Hussin
Dr Rais berkata, pelbagai jenis undang-undang rasuah yang ketat boleh diwujudkan, namun ia harus selari dengan komitmen masyarakat.
Majoriti rakyat Malaysia setuju sistem pendidikan satu aliran - Kajian
Menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan EMIR Research pada Disember 2020, sejumlah 54 peratus responden bersetuju dengan cadangan itu.
Kerajaan perlu bijak tangani kemarahan dan kekecewaan sebilangan rakyat
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bijak menguruskan kekecewaan dan kemarahan dari kumpulan rakyat yang tidak berpuas hati.
Perikatan Nasional boleh 'pinjam' manifesto dari mana-mana parti - Jahaberdeen
Kerajaan Perikatan Nasional berada dalam posisi terbaik untuk mengguna pakai mana-mana manifesto dari mana-mana parti selagi ia membawa manfaat untuk rakyat.
'Idea kereta terbang itu sampah!' - Rais Hussin
Ketua Biro Polisi dan Strategi PPBM Dr Rais Hussin berkata perhatian sewajarnya diberikan kepada isu yang sepatutnya.
The 'black credit card' from Goldman Sachs to Malaysia
In the case of 1MDB, what Goldman Sachs did to Malaysia was akin to issuing a credit card with no spending limit to a gambling addict. Datuk Dr Rais Hussin writes.