PUTRAJAYA: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama mengadakan kempen kesedaran sebagai salah satu strategi dalam menangani isu kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Menteri di Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam kenyataan bersama pada Selasa berkata, salah satu cabaran besar yang dihadapi kerajaan hari ini adalah isu kekurangan pelaporan kes, terutamanya pelaporan oleh kalangan kanak-kanak.
Menurut kenyataan itu, satu mesyuarat diadakan pada Selasa dengan objektif mengatur strategi ke arah menangani isu berhubung kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Selain itu, satu kempen kesedaran bersifat menyeluruh yang melibatkan semua sektor dan agensi berkaitan dalam usaha membanteras jenayah berkenaan akan dilancarkan dalam masa terdekat.
"Ia akan disebarluaskan di seluruh negara dengan matlamat untuk menekankan tanggungjawab setiap individu untuk melaporkan kejadian penderaan seksual kanak-kanak," menurut kenyataan itu.
Seksyen 19 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak [Akta 792] memperuntukkan bahawa kegagalan untuk melaporkan jenayah itu merupakan satu jenayah dan peruntukan berkenaan jelas menggambarkan betapa pentingnya bagi rakyat Malaysia menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menangani isu tersebut.
Kempen itu antara lain akan melibatkan pendekatan 'Training of Trainers' dengan para guru dan pemimpin masyarakat akan dididik untuk mengesan dan melaporkan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku dalam persekitaran sekolah secara berkesan.
Menurut kenyataan bersama itu, statistik terkini dari tahun 2017 hingga 2023 melaporkan trend peningkatan yang membimbangkan, dengan jumlah mangsa kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan adalah 6,990 orang, dan tahun lepas 1,570 kes dilaporkan.
Peratus besar mangsa berada dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun, dengan 110 kes yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun pada tahun 2023, menurut kenyataan bersama itu.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, lebih daripada 80 peratus jenayah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan individu yang dikenali oleh mangsa.
"Justeru, seluruh anggota masyarakat memainkan peranan yang penting untuk melindungi anak-anak kita daripada ancaman jenayah seksual yang semakin menjadi-menjadi," kata kenyataan bersama itu.
Susulan pelancaran Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual oleh Kementerian Pendidikan, Kerajaan Perpaduan sedang mengiatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan pendidik mengenai peruntukan undang-undang berkaitan isu tersebut serta mewujudkan mekanisme pelaporan yang berkesan dan mesra kanak-kanak dalam institusi pendidikan di bawah KPM.
Bagi memudahkan pelaksanaan usaha itu, BHEUU akan memeterai satu Nota Kerjasama dengan KPM, menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Salah satu cabaran besar yang dihadapi kerajaan hari ini adalah isu kekurangan pelaporan kes, terutamanya pelaporan oleh kalangan kanak-kanak, kata Azalina Othman Said (kiri) dan Fadhlina Sidek. - Gambar fail/Bernama
Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.
Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa
Lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana pada Khamis.
Kebakaran Los Angeles: Gabenor California jemput Trump ke lokasi, gesa tidak 'politikkan' tragedi
"Dalam semangat negara hebat ini, kita tidak harus mempolitikkan tragedi manusia atau menyebarkan maklumat palsu dari luar," kata Gavin Newsom.
Maduro angkat sumpah, AS tingkatkan tekanan
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, yang pemerintahannya selama hampir 12 tahun diselubungi krisis ekonomi dan sosial, mengangkat sumpah untuk penggal ketiga meskipun berdepan pertikaian pilihan raya, tekanan antarabangsa, dan ganjaran Amerika Syarikat untuk penangkapannya.
Maduro diisytiharkan menang dalam pilihan raya Julai lalu oleh pihak berkuasa pilihan raya dan mahkamah tertinggi Venezuela, walaupun butiran keputusan undi yang mengesahkan kemenangannya tidak pernah didedahkan kepada umum.
Maduro diisytiharkan menang dalam pilihan raya Julai lalu oleh pihak berkuasa pilihan raya dan mahkamah tertinggi Venezuela, walaupun butiran keputusan undi yang mengesahkan kemenangannya tidak pernah didedahkan kepada umum.
Mangsa cedera gempa bumi di Tibet meningkat 337 orang
China hampir menggandakan jumlah mangsa cedera dalam gempa bumi di Tibet ketika pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa, walaupun harapan semakin tipis.
Kuih bakul Nani Maslina jadi pilihan untuk perayaan Tahun Baharu Cina
Nani Maslina Sulaiman Najidi, 50, sentiasa tidak menang tangan menerima tempahan sehingga 1,200 biji kuih bakul setiap kali Tahun Baharu Cina.
Pesawat pemadam kebakaran rempuh dron di Los Angeles
Sebuah pesawat pemadam kebakaran digelar Super Scooper melanggar dron semasa ia beroperasi di ruang udara Pasific Palisades.
2024 pecah rekod suhu dunia, saintis beri amaran
Suhu global pada tahun 2024 melebihi 1.5 darjah Celsius berbanding era pra-industri, membawa dunia hampir melanggar janji Perjanjian Iklim Paris 2015, menurut saintis.
Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) mengesahkan pelanggaran ambang ini berdasarkan data daripada saintis Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, dan Kesatuan Eropah.
Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) mengesahkan pelanggaran ambang ini berdasarkan data daripada saintis Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, dan Kesatuan Eropah.
Putin jumpa Trump tidak lama lagi?
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendedahkan satu pertemuan akan diadakan melibatkan dirinya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
BHEUU, KPM atur strategi isu kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak
BHEUU, KPM akan bekerjasama mengadakan kempen kesedaran sebagai salah satu strategi dalam menangani isu kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.