SHAH ALAM: Dua lelaki tular bertumbuk di tengah jalan raya selepas salah seorang daripada mereka menghalang dan enggan memberi laluan kepada beberapa motosikal untuk meneruskan perjalanan di Persiaran Kerjaya Glenmarie, Seksyen U1 di sini pada Isnin.
Sebuah klip video yang dirakam seorang pemandu lain berdurasi 22 saat tular di media sosial memaparkan kedua-dua lelaki berkenaan bertumbuk berhampiran pembahagi jalan di laluan yang sesak tersebut sebelum dileraikan orang awam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, penunggang motosikal berusia 31 tahun yang bekerja sebagai jururunding di Subang Business Centre telah hadir membuat laporan pada Isnin.
"Siasatan awal mendapati pada 13 Jun sekitar jam 7.15 petang berlaku pertengkaran mulut apabila suspek seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya.
"Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa dan penunggang yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan.
"Pertengkaran mulut berlaku disusuli dengan pergaduhan akhirnya dileraikan oleh orang ramai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kedua-duanya lelaki berkenaan bagaimanapun bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik dan mangsa telah menarik balik laporan polis berkenaan.
"Mangsa dan suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut. Pengadu juga telah buat laporan polis untuk tarik balik laporan yang dibuat sebelum ini," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 15 2022

Dua lelaki tular bertumbuk selepas berlaku pergaduhan mulut antara mereka di Persiaran Kerjaya, Glenmarie di Shah Alam pada Isnin lalu. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bertumbuk sebab tidak bagi laluan
Pertengkaran mulut berlaku disusuli dengan pergaduhan akhirnya dileraikan oleh orang ramai.