KAJANG: Polis sedang mengesan dua lelaki tempatan yang menumbuk muka seorang pekerja kedai serbaneka sebelum mengambil swafoto bersama mangsa dalam kejadian di Semenyih, pada awal pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hasan, ketika kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam didatangi dua lelaki tempatan yang tidak dikenali mahu membeli minuman.
"Salah seorang dari suspek telah mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa mahu membuat sebarang bayaran.
"Pengadu yang berusia 18 tahun itu kemudian menegur lelaki tersebut dan berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dan suspek sebelum suspek kembali ke premis dan menumbuk muka mangsa beberapa kali," katanya dalam kenyataan.
Tambah Mohd Zaid, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek beredar meninggalkan premis selepas kejadian.
"Mangsa pula mendapatkan rawatan di sebuah hospital sebelum membuat laporan polis," katanya lagi.
Mohd Zaid berkata, usaha mengesan kedua-dua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun hingga menyebabkan kecederaan.
Sehubungan itu, polis menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Nur Fatihah Awang menerusi talian 011-25703695 atau IPD Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Hakim Rahman
Tue Jun 20 2023
Salah seorang suspek (kanan) sempat berswafoto bersama pekerja kedai yang dalam keadaan berdarah hidungnya selepas ditumbuk. - Media sosial
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Olimpik Paris 2024: Swafoto pemain ping pong Korea Selatan-Korea Utara undang sensasi
Tindakan pemain ping pong Olimpik dari Korea Utara dan Korea Selatan berswafoto bersama di podium di Paris menjadi tular di Korea Selatan.
Berswafoto selepas samun, cederakan pekerja kedai serbaneka
Salah seorang dari saspek telah mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa mahu membuat sebarang bayaran.
PRU15: KJ beri bayangan kepada pengundi Sungai Buloh
Beberapa bayangan telah diberikan seperti pembangunan, merancakkan ekonomi setempat dan kebajikan rakyat.
Suami sempat hantar swafoto sebelum maut kemalangan
Seorang lelaki sempat menghantar gambar swafoto kepada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka, sebelum terkorban dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal.
Terlalu ghairah 'berselfie', tujuh penumpang mati lemas selepas bot terbalik
Polis Indonesia akan siasat sama ada kecuaian juga faktor kemalangan itu memandangkan tekong bot berkenaan hanya berusia 13 tahun
Swafoto dengan mayat Maradona, kakitangan rumah pengebumian dibuang kerja
Dalam foto yang tersebar di media sosial itu, Diego Molina dilihat menunjukkan isyarat bagus, dengan sebelah tangan lagi menyentuh kepala legenda bola sepak itu.
Nova 5T dilengkapi lima teknologi AI
Huawei nova 5T yang dilengkapi dengan kamera Pro Grade didatangkan dengan lima teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk empat kamera di bahagian belakang peranti itu.
Selfie maut di lautan bergelora
Remaja warga Yemen yang berswafoto di atas sebuah jet ski dalam keadaan laut bergelora membawa padah apabila dia terjatuh dan lemas di kawasan perairan Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu.
Perhilitan beri amaran jangan 'selfie' dengan harimau
Perhilitan mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri termasuk berswafoto jika terserempak dengan binatang buas.
Pelancong boleh dihukum mati jika berswafoto di pantai Thailand ini
Pelancong bergambar berlatar belakang pesawat sedang berlepas di pantai berhampiran sekitar lapangan terbang di Thailand.