Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan kerajaan dalam saman sivil difailkannya terhadap jawatankuasa pemandu Bersih berhubung kerosakan ke atas harta benda awam dalam perhimpunan Bersih 3 pada 2012.
Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jan tahun lepas yang menolak saman kerajaan bagi menuntut ganti rugi.
Beliau berkata mahkamah mendapati tiada peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang secara jelas menetapkan hak kerajaan untuk membuat tuntutan.
Katanya Seksyen 6(2) PAA tidak mewujudkan “satu hak tuntutan sivil oleh kerajaan" dan kerajaan persekutuan pada masa sama juga tidak diberikan hak untuk menyaman bagi kecuaian di bawah undang-undang lain.
“Kami juga mendapati Seksyen 3, Akta Prosiding Kerajaan, dibaca bersama-sama Seksyen 39 akta sama, tidak memberikan hak kepada kerajaan untuk menyaman bagi kecuaian atau menuntut ganti rugi di bawah 'common law'," kata Rohana.
Rohana berkata malah jika terdapat hak untuk menuntut di dalam 'common law' bagi kecuaian dalam kes ini, mahkamah tiada alasan untuk campur tangan dalam dapatan hakim Mahkamah Tinggi bahawa kerajaan gagal membuktikan kes kecuaian ke atas responden berdasarkan keterangan dikemukakan di hadapannya.
"Yang Arif yang mendengar perbicaraan itu mempunyai kelebihan berbanding kami, iaitu berpeluang mendengar keterangan dikemukakan di hadapannya sebelum membuat keputusannya," katanya.
Kerajaan menyaman jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, termasuk bekas pengerusi bersama Bersih Datuk S. Ambiga dan 14 anggota jawatankuasa itu.
Turut bersidang dalam panel hakim itu ialah Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.
Dalam saman sivil difailkan pada 15 Mei, 2012, kerajaan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, 2012 telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan menuntut ganti rugi khas sebanyak RM110,543.27, sebagai kos untuk membaiki kenderaan polis yang rosak.
Ia juga memohon deklarasi bahawa semua responden selaku penganjur perhimpunan itu telah melanggar Seksyen 6 (2)(g) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memastikan perhimpunan itu tidak merosakkan harta benda awam.
Panel Mahkamah Rayuan pada hari ini bagaimanapun membenarkan rayuan kerajaan, berhubung tuntutan balas oleh bekas anggota jawatankuasa pemandu Wong Ching Huat, dengan mengurangkan jumlah ganti rugi diberikan kepada Wong daripada RM21,000 kepada RM15,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan membenarkan ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan tetapi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan RM6,000 kepada Wong bagi penangkapan dan penahanan secara salah di sisi undang-undang.
Di luar mahkamah, Ambiga berkata Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa di bawah PAA, kerajaan tidak boleh menyaman bagi ganti rugi dan menurutnya keputusan itu merupakan keputusan penting.
Bernama
Tue Aug 23 2016
Kenderaan polis yang dirosakkan ketika perhimpunan Bersih 3 di Kuala Lumpur pada 28 April, 2012. - Foto BERNAMA
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bersih 3: Rayuan kerajaan berhubung kerosakan harta benda ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan kerajaan dalam saman sivil difailkannya terhadap jawatankuasa pemandu Bersih berhubung kerosakan ke atas harta benda awam dalam perhimpunan Bersih 3 pada 2012.